Cadangan tubuh Suruhanjaya Keselamatan Siber dijangka bentang pada Jun
CADANGAN penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia kini dalam peringkat sesi libat urus bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan pelbagai aspek perundangan yang berkaitan serta bentuk suruhanjaya itu sendiri.
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berharap cadangan penubuhan itu dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini selepas mendapat kelulusan Kabinet serta pengurusan tertinggi.