MJMS TERIMA PENGIKTIRAFAN CREAM 2017 | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » MJMS TERIMA PENGIKTIRAFAN CREAM 2017

MJMS TERIMA PENGIKTIRAFAN CREAM 2017

Putrajaya, 5 Oktober 2017 – Jurnal kelolaan INSPEM iaitu Malaysian Journal of Mathematical Sciences (MJMS) (Ketua Editor, Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin) di bawah Penerbit UPM telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai penerima status CREAM di bawah Skim Galakan Penerbitan Program Pemberian Taraf CREAM 2017. Jurnal ini menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam pangkalan data antarabangsa untuk jurnal indeks kategori Scopus dalam bidang Sains, Teknologi dan Perubatan.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Y.B. Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi di Majlis Malaysia’s Research Star Award  dan Pemberian Taraf CREAM 2017 yang berlangsung di PICC Putrajaya pada 5 Oktober 2017 . Majlis ini telah dirasmikan oleh Y. B. Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.

Pengiktirafan ini adalah sebagai galakan untuk membantu usaha meningkatkan kualiti penyelidikan dan penerbitan jurnal ilmiah di Malaysia yang melibatkan pelbagai penerbit jurnal di Malaysia.

Tarikh Input: 06/10/2017 | Kemaskini: 06/10/2017 | noorizzati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXETTAc~