BENGKEL KPI 2022 | INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
» NEWS » BENGKEL KPI 2022

BENGKEL KPI 2022

SERDANG – Seramai 40 peserta yang terdiri daripada ahli Pengurusan INSPEM, Penyelidik Bersekutu dan Pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional INSPEM telah hadir ke Bengkel KPI INSPEM 2022  pada 9 Disember 2021 bertempat di Hotel Zenith Putrajaya.

Sejajar dengan visi dan misi INSPEM, Bengkel KPI 2021 yang dianjurkan ini akan mengukur prestasi perkhidmatan yang diberikan bagi memastikan semua perkhidmatan berkenaan disampaikan kepada pelanggan dengan baik. Ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai prestasi INSPEM secara keseluruhannya. 

Tujuan bengkel KPI ini adalah untuk membincangkan pencapaian & sasaran KPI utama INSPEM iaitu KPI Penyelidikan dan Inovasi, KPI Pengajian Siswazah dan KPI Jaringan Industri dan Masyarakat serta membincangkan dengan lebih strategik tindakan atau cadangan untuk mencapai KPI tersebut. Selain itu, ia juga turut menjadi platform untuk perbincangan dua hala antara pihak pengurusan dengan Penyelidik Bersekutu dalam menambahbaik tadbir urus INSPEM secara keseluruhannya. 

Penganjuran Bengkel KPI INSPEM 2021 ini telah mencapai objektifnya dan  dan berlangsung dengan jayanya.

 

Date of Input: 15/12/2021 | Updated: 28/12/2021 | noorizzati

MEDIA SHARING

INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXETRAu~