BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN PTJ BAGI MENCAPAI PELAN STRATEGIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2021-2025 | INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
» NEWS » BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN PTJ BAGI MENCAPAI PELAN STRATEGIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2021-2025

BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN PTJ BAGI MENCAPAI PELAN STRATEGIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2021-2025

SELANGOR, 24 Januari 2022 - Bengkel Penyediaan Pelan Strategik Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) bagi mencapai Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia 2021-2025 telah diadakan pada 24 Januari 2022 yang lalu. Ia adalah platform terbaik dalam penetapan keseluruhan kerangka Pelan Strategik INSPEM yang menjurus kepada penghasilan KPI INSPEM sehingga 2025.

Bengkel ini dihadiri oleh Pengurusan dan pegawai INSPEM bagi memastikan hala tuju dan penetapan Pelan Strategik 2021-2025 berada pada landasan yang tepat dan selari dengan visi serta misi INSPEM. Pegawai dibahagikan kepada lima kumpulan bagi membincangkan 5 matlamat iaitu :

MATLAMAT 1
Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang


MATLAMAT 2
Mewujudkan Hab Penyelidikan dan Inovasi yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestar


MATLAMAT 3
Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri dan Masyarakat


MATLAMAT 4
Memperkasakan Pertanian dan Ketahanan Sekuriti Makanan


MATLAMAT 5
Memperteguh Tadbir Urus Institusi, Kemampanan Kewangan dan Amalan Kelestarian Hijau


Sesi bengkel ini bersifat interaktif dan dua hala di mana setiap kumpulan telah memberikan pandangan dan pengesahan mengenai perancangan masing-masing bagi memastikan tiada pertindihan dan kualiti perancangan yang terbaik dapat dihasilkan.

Date of Input: 25/01/2022 | Updated: 25/01/2022 | noorizzati

MEDIA SHARING

INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXDdQAv~