KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TYT YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA | INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
» NEWS » KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TYT YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TYT YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA

9 Februari 2022, Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman hari ini telah mengadakan Kunjung Hormat ke atas TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Kunjungan ini juga telah disertai oleh penyelidik dari Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Prof. Dr. Muhammad Rezal Dato’ Kamel Ariffin (merangkap Pengarah INSPEM), Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin (merangkap Ketua, Laboratori Etnomatematik dan Didaktik (LED), INSPEM), Dr. Mohd Rohaizat Abdul Wahab (Pegawai Sains LED) dan Pn. Norazlida Aminuddin (Pegawai Penerbitan INSPEM).

Tujuan kunjungan ini dilakukan bagi mendapat perkenaan daripada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi cadangan penyelidikan Kapal Mendam Berahi dan pembinaan Kapal Mendam Berahi di Negeri Melaka. Cadangan pembinaan Kapal Mendam Berahi ini juga menjadi sebagai ikonik dan tarikan utama industry pelancongan di Negeri Melaka. Kapal Mendam Berahi yang tercatat dalam Hikayat Hang Tuah akan dijadikan sebagai rujukan utama dalam pembangunan blueprint kapal Mendam Berahi.  Laboratori Etnomatematik dan Didaktik, INSPEM akan terlibat dalam memastikan kiraan dan ukuran sebenar Kapal Mendam Berahi dalam manuskrip lama itu diterjemah setepat yang mungkin kepada sIstem metrik moden. Kunjungan hormat juga disertai oleh mereka yang bersepakat untuk memberi dana penyelidikan dan pembinaan. TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka telah menyokong usaha ini.

Pertemuan dua hala ini juga membincangkan kerjasama strategik yang boleh dijalinkan di antara kerajaan Negeri Melaka dan UPM dalam pelbagai isu. Diakhiir pertemuan ini juga, TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka juga berminat untuk mengadakan lawatan ke UPM.

 

Date of Input: 11/02/2022 | Updated: 11/02/2022 | noorizzati

MEDIA SHARING

INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXDdFAl~