Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS) | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» PENYELIDIKAN » Geran Penyelidikan » Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS)

Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS)

Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) adalah geran penyelidikan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ia adalah untuk hasil penyelidikan pembangunan prototaip tidak dapat dikomersilkan kerana hasil penyelidikan masih di peringkat awal. Untuk kesinambungan, Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) diwujudkan untuk membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan bagi tujuan penciptaan teknologi baru selaras dengan keperluan K-Ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru. Dana yang diwujudkan bagi pembangunan prototaip untuk merapatkan jurang di antara penemuan makmal/penyelidikan sehingga sebelum pra-pengkomersilan. Ini termasuk pembuktian konsep (proof of concept), penilaian (evaluation), skala naik (up-scaling), ujian pra-klinikal (pre-clinical testing) dan ujian lapangan (field testing). Dana PRGS diwujudkan untuk membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan bagi tujuan penciptaan teknologi/penemuan baru selaras dengan keperluan K-ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru. Terbuka untuk semua bidang penyelidikan yang telah mempunyai hasil penemuan yang memerlukan Pembangunan Prototaip.

Senarai Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS)


Kemaskini:: 10/03/2014 [amir_peli]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXDcSAW~