Anugerah Khas Dalam Kategori Penyelidikan Sains Dan Teknologi Dalam DSS2019 | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » Anugerah Khas dalam Kategori Penyelidikan Sains dan Teknologi dalam DSS2019

Anugerah Khas dalam Kategori Penyelidikan Sains dan Teknologi dalam DSS2019

Sungai Besi, April 25 –  Penyelidik INSPEM telah berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas dalam Kategori Penyelidikan Sains dan Teknologi di Pameran Defence, Security and Sustainability Exhibition 2019  (DSS2019),  Universiti Pertahanan National Malaysia (UPNM) baru-baru ini.

Projek penyelidikan yang telah memenangi anugerah tersebut bertajuk Rabin-p Cryptosystem: Secure and Efficient Key Encapsulation Mechanism  yang  diketuai Dr. Muhammad Asyraf Asbullah, Prof. Madya Dr. Muhammad Rezal Kamel Ariffin (Penasihat) dan Encik Zahari Mahad (Pegawai Penyelidik).

Pameran DSS2019 merupakan program dwitahunan anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pameran ini diadakan bagi menyediakan platform dan peluang kepada penyelidik membentangkan projek penyelidikan mereka yang bertumpu kepada bidang pertahanan dan keselamatan maklumat Pameran ini telah mendapat penyertaan sebanyak 170 peserta.

 

 

Tarikh Input: 03/06/2019 | Kemaskini: 27/11/2020 | noorizzati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXDdNAn~