Program Komuniti: Bengkel Atas Talian Kepentingan Matematik Dan Cakna Keselamatan Siber Anjuran INSPEM Dan SMK Seri Serdang. | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » Program Komuniti: Bengkel Atas Talian Kepentingan Matematik dan Cakna Keselamatan Siber anjuran INSPEM dan SMK Seri Serdang.

Program Komuniti: Bengkel Atas Talian Kepentingan Matematik dan Cakna Keselamatan Siber anjuran INSPEM dan SMK Seri Serdang.

Program Komuniti: Bengkel Atas Talian Kepentingan Matematik dan Cakna Keselamatan Siber anjuran INSPEM dan SMK Seri Serdang.  

SELANGOR, 24-25 Julai 2021 - Bengkel Atas Talian Kepentingan Matematik dan Cakna Keselamatan Siber telah dianjurkan julung kalinya oleh Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, Selangor.

Program komuniti ini dianjurkan bagi berkongsi pengetahuan para penyelidik INSPEM yang berpengalaman menjalankan penyelidikan dalam bidang matematik dan keselamatan siber dan berfokuskan kepada pelajar sekolah menengah. Ia juga membuka peluang untuk INSPEM menjalankan kerjasama penyelidikan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang pada masa akan datang.

Penganjuran bengkel selama dua (2) hari ini telah diadakan pada 24-25 Julai 2021 lalu yang melibatkan seramai 233 peserta (iaitu sebanyak 34 buah sekolah yang terlibat) dari 5 negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Putrajaya. Bengkel ini juga turut disertai oleh peserta antarabangsa iaitu dari Indonesia, Korea Selatan, Uzbekistan dan Rusia.

Penceramah jemputan terdiri daripada 5 orang pegawai penyelidik INSPEM iaitu Dr. Malathi Letchumanan yang membentangkan tajuk Kesedaran Keselamatan Siber. Puan Nur Raidah Binti Salim pula membentangkan tajuk Matematik: Cinta atau Benci, manakala Encik Zahari Bin Mahad pula membentangkan tajuk Kongsi Rahsia Guna Matematik?. Encik Mohamed Faris Bin Laham membentangkan tajuk Siri Fibonacci Meramal Nilai Mata Wang, Puan Zurita Binti Ismail membentangkan tajuk Dunia Dimensi: Tipu atau Benar serta Puan Iszuanie Syafidza Binti Che Ilias  membentangkan topik Statistik: Antara Dua Pilihan.

Secara keseluruhannya, pendedahan kepada pelajar melalui bengkel ini akan memberi manfaat kepada mereka bagi menimbulkan minat dan meransang pemikiran pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. Penganjuran program ini juga diharapkan agar peserta dapat membuka minda untuk memupuk minat dalam mempelajari ilmu matematik, statistik dan keselamatan siber di sekolah seterusnya memilih bidang matematik sebagai program pilihan semasa pengajian di peringkat lebih tinggi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 27/08/2021 | Kemaskini: 27/08/2021 | noorizzati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
W1UKTKAV:10:27