Pada 16 Mei 2014, INSPEM telah menerima seorang lagi saintis pelawat dari University of Rajshahi, Bangladesh iaitu Prof. Dr. Provash Kumar Karmokar. Beliau merupakan salah seorang penyelidik yang menjalankan penyelidikan mengenai Econometric Time Series Modelling of Rice Production in Malaysia and Bangladesh. Beliau dilantik dibawah Laboratori Statistik Komputasi dan Operasi Penyelidikan. Beliau akan berada selama hamper sebulan iaitu dari 16 Mei 2014 hingga 15 Jun 2014.
Tarikh Input: | Kemaskini: | firdaus_rahim
Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor