Program Penyelidikan | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» LABORATORI » Laboratori Statistik Komputasi dan Penyelidikan Operasi » Program Penyelidikan

Program Penyelidikan

1. Pemodelan  dan Statistik Berkomputasi

Program ini terdiri daripada siri masa , model spatial, statistik teguh, bootstrapping, teori nilai ekstrim, environmetrik, analisis kemandirian, statistik perubatan dan biostatistik . Pada masa kini, penyelidikan tertumpu kepada Model Siri Masa Teritlak. Data Spatial melibatkan permodelan data yang dicerap pada satah dua dimensi yang didasarkan pada cerapan struktur autokorelasi spatial. Statistik teguh adalah berguna untuk kesimpulan bilamana kaedah statistik yang klasik dan kesimpulan menemui kegagalan. Teori nilai ekstrim adalah sesuai apabila mengendalikan data yang ekstrim dan meramalkan peristiwa yang akstrim. Bidang teori nilai ekstrim kini digabungkan dengan bidang-bidang lain seperti model spatial, model Bayesian dan model kewangan. Pada masa kini, penyelidikan dijalankan dalam model ekstrim spatial dan model alam sekitar. Analysis kemandirian berurusan dengan kematian dalam organisma biologi dan kegagalan sistem mekanik. Biostatistik berhadapan dengan aplikasi statistik dalam kesihatan dan perubatan. Selain daripada peningkatan pengetahuan, kajian yang dijalankan dalam program ini adalah berguna untuk industri seperti MPOB dan NAHRIM di mana hubungan dengan mereka telah dibina.


2. Penyelidikan Operasi Berkomputasi

Program Penyelidikan Operasi Berkomputasi merangkumi pengoptimuman dan penganggaran dalam usaha untuk mengoptimumkan keuntungan/faedah/objektif tertakluk kepada kekangan yang tertentu. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam program ini termasuklah Genetic Algorithm, Meta-heuristics, Data Envelopment Analysis, Supply Chain Networks, dan lain-lain. Bidang penyelidikan operasi ini digunakan dengan meluasnya dalam kerajaan dan industri.

 

 

Kemaskini:: 11/04/2017 [iszuanie]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
03-8946-6973
B1566757134