Dari Meja Timbalan Pengarah | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» MENGENAI KAMI » Dari Meja Timbalan Pengarah » Dari Meja Timbalan Pengarah

Dari Meja Timbalan Pengarah



Assalamualaikum w.r.t. dan Salam Sejahtera

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung kerana sudi melayari laman sesawang rasmi Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM). Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung.

INSPEM mula berfungsi pada tahun 2001 sebagai institut penyelidikan yang pertama ditubuhkan di Malaysia yang mengkhusus kepada bidang penyelidikan Matematik. Fungsi utama INSPEM ditubuhkan adalah untuk mewujudkan critical-mass penyelidik dalam penyelidikan high-end bidang matematik, melaksanakan penyelidikan dalam semua bidang yang telah dikenal pasti, mewujudkan kemudahan penyelidik bermatematik terkini, menjadi pusat rujukan penyelidikan berteraskan matematik, menyebarkan maklumat hasil penyelidikan di INSPEM kepada pihak awam dan swasta, mewujudkan kemudahan latihan kepada penyelidik muda dan mewujudkan rangkaian kerjasama dengan para penyelidik dan institusi penyelidik dalam dan luar negara. Melepasi 10 tahun penubuhan, INSPEM kini telah berkembang pesat dengan pelbagai penyelidikan bermatematik yang dijalankan di INSPEM selain menganjurkan pelbagai aktiviti seperti konferensi, kursus dan seminar kepada semua pelanggan.  Tidak ketinggalan juga, INSPEM turut mengadakan jalinan kerjasama penyelidikan dengan pelbagai institusi dalam dan luar negara melalui kerjasama MOU dan MOA.

Pada masa kini, INSPEM mempunyai 5 buah laboratori iaitu Laboratori Kriptografi, Analisis dan Struktur, Laboratori Statistik Komputasi dan Penyelidikan Operasi, Laboratori Sains Berkomputasi dan Fizik Bermatematik, Laboratori Etnomatematik dan Didaktik serta Laboratori Perkhidmatan Statistik dan Komputasi. Selain itu, INSPEM juga mempunyai sebuah seksyen khas iaitu Seksyen Perkhidmatan Komputasi Prestasi Tinggi (HPC). Laboratori Perkhidmatan Statistik dan Komputasi serta Seksyen Perkhidmatan Komputasi Prestasi Tinggi ini baru sahaja diwujudkan pada 1 April 2011 dan mula beroperasi sejak Jun 2011. Objektif utama laboratori ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan high-end statistical services untuk para penyelidik dari pelbagai bidang tidak kira di dalam mahupun di luar UPM. Manakala seksyen pula diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan HPC kepada semua penyelidikan dalam dan luar UPM.

 

Saya berharap segala maklumat yang diberikan di laman sesawang ini dapat memberi manfaat dan dapat membantu para pengunjung dalam mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Sekiranya terdapat pertanyaan dan perkara yang tidak jelas mengenai INSPEM, sila hubungi kami dengan merujuk kepada direktori staf yang disediakan.

Sekian, terima kasih.

Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin
Timbalan Pengarah
Institut Penyelidikan Matematik

 

 

Kemaskini:: 31/07/2019 [noorizzati]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
03-8946-6973
B1566736787