Sejarah INSPEM | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» MENGENAI KAMI » Sejarah INSPEM » Sejarah INSPEM

Sejarah INSPEM

Institut Penyelidikan Matematik merupakan sebuah institusi penyelidikan yang fungsinya mengkhusus kepada penyelidikan dalam bidang matematik dan juga bidang yang sebahagian besar komponennya melibatkan bidang matematik. Ianya ditubuhkan untuk mengisi keperluan sebuah pusat penyelidikan matematik di negara kita. Mula beroperasi pada 1 April 2002 setelah diluluskan penubuhannya oleh Bahagian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan November 2001. Institut ini adalah di bawah pentadbiran UPM dan buat masa ini tertakluk kepada peraturan yang terkandung dalam statut penubuhan institut di UPM.

Aktiviti utama INSPEM adalah merancang, mengenal pasti dan melaksanakan penyelidikan dalam bidang Matematik Tulen, Statistik dan Matematik Gunaan, Sains Bermatematik dan Aplikasi serta bidang Pendidikan dan Literasi Matematik. Di samping itu, Institusi ini berperanan untuk mewujudkan saluran dua   hala antara Institut dengan agensi awam dan swasta yang melaluinya hasil penyelidikan dapat disalurkan dan permasalahan yang memerlukan penyelidikan bermatematik dapat diterima dan ditangani di Institut ini. Institut juga berperanan untuk mewujudkan kegiatan penyelidikan secara kolaboratif dengan agensi penyelidikan lain dalam dan luar UPM. Adalah juga satu tugas utama INSPEM untuk mempelawa penyelidik muda yang berbakat untuk memanfaatkan kegiatan penyelidik di INSPEM sehingga memperoleh ijazah peringkat M.Sc dan Ph.D.

Fungsi utama INSPEM adalah:

• Mewujudkan critical-mass penyelidik dalam penyelidikan high-end bidang matematik.
• Melaksanakan penyelidikan dalam semua bidang yang telah dikenal pasti.
• Mewujudkan kemudahan penyelidik bermatematik terkini.
• Menjadi pusat rujukan penyelidikan berteraskan matematik.
• Menyebarkan maklumat hasil penyelidikan di INSPEM kepada pihak awam dan swasta.
• Mewujudkan kemudahan latihan kepada penyelidik muda.
• Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan para penyelidik dan institusi penyelidik dalam dan luar negara.

Usaha INSPEM adalah ke arah mewujudkan sebuah institut penyelidikan matematik yang bertaraf antarabangsa dengan mempunyai penyelidik yang diiktiraf kepakarannya di peringkat dunia. Ini adalah selari dengan aspirasi negara yang berhasrat menjadikan Malaysia negara maju dan progresif berlandaskan kualiti keilmuan yang tinggi di kalangan rakyatnya.


Kemaskini:: 04/03/2014

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
03-8946-6973
B1566736188