SELANGOR, 24 Januari 2022 - Bengkel Penyediaan Pelan Strategik Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) bagi mencapai Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia 2021-2025 telah diadakan pada 24 Januari 2022 yang lalu. Ia adalah platform terbaik dalam penetapan keseluruhan kerangka Pelan Strategik INSPEM yang menjurus kepada penghasilan KPI INSPEM sehingga 2025.
Bengkel ini dihadiri oleh Pengurusan dan pegawai INSPEM bagi memastikan hala tuju dan penetapan Pelan Strategik 2021-2025 berada pada landasan yang tepat dan selari dengan visi serta misi INSPEM. Pegawai dibahagikan kepada lima kumpulan bagi membincangkan 5 matlamat iaitu :
MATLAMAT 1
Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang
MATLAMAT 2
Mewujudkan Hab Penyelidikan dan Inovasi yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestar
MATLAMAT 3
Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri dan Masyarakat
MATLAMAT 4
Memperkasakan Pertanian dan Ketahanan Sekuriti Makanan
MATLAMAT 5
Memperteguh Tadbir Urus Institusi, Kemampanan Kewangan dan Amalan Kelestarian Hijau
Sesi bengkel ini bersifat interaktif dan dua hala di mana setiap kumpulan telah memberikan pandangan dan pengesahan mengenai perancangan masing-masing bagi memastikan tiada pertindihan dan kualiti perancangan yang terbaik dapat dihasilkan.
Date of Input: 25/01/2022 | Updated: 25/01/2022 | noorizzati
Institute for Mathematical Research, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor