Serdang – Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) telah menjalani Penilaian Peringkat Kedua Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM 2023/2024 bersempena HKIP 2023/2024 yang melibatkan panel penilai iaitu Puan Nurulamaliah Othman, Pegawai Sains, Fakulti Pertanian. dan Puan Zenaida Md Zenon, Ketua Seksyen Audit Kualiti, Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Jaminan Kualiti. Sesi pembukaan penilaian peringkat kedua EKSA dimulakan dengan ucapan pengenalan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Asilah Wati Abdul Hamid, Timbalan Pengarah INSPEM dan pembentangan oleh penyelaras EKSA INSPEM, En Muhamad Asyraf Arshad mengenai pelaksanaan amalan EKSA di INSPEM.


Penilaian ini bertujuan bagi memastikan pelaksanaan EKSA diamalkan dengan berkesan dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, berimej korporat dan berprestasi tinggi di INSPEM. Ruang yang dinilai adalah termasuk ruang pejabat pentadbiran, lobi utama, kaunter khidmat pelanggan, makmal komputer, bilik seminar, surau, tandas, bilik fail, bilik server, stor, papan aktiviti EKSA, bilik pegawai, pantri dan sudut Read@Uni.



Pihak PTJ dimaklumkan oleh panel penilai bahawa markah penilaian peringkat kedua ini tidak diberikan semasa sesi tersebut dan markah keseluruhan akan diumumkan selepas keputusan HKIP 2023/2023 dikeluarkan nanti.

Pihak Jawatankuasa EKSA INSPEM berharap seluruh warga INSPEM akan terus memberikan sokongan padu dan kerjasama yang baik dalam usaha memastikan kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan EKSA secara berterusan di INSPEM.
Date of Input: 19/08/2024 | Updated: 19/08/2024 | norhidayahche

Institute for Mathematical Research, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor