VISIT OF DELEGATES FROM POLITECNICO DI TORINO, ITALY TO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
» NEWS » VISIT OF DELEGATES FROM POLITECNICO DI TORINO, ITALY TO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

VISIT OF DELEGATES FROM POLITECNICO DI TORINO, ITALY TO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pada 20 April 2017, delegasi dari Politecnico di Torino (Polito), Italy telah berkunjung ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM). Delegasi dari Polito terdiri daripada Y. Bhg. Prof. Marco Gilli, Rektor Polito dan Prof. Dr. Riccardo Adami, Profesor, Jabatan Sains Matematik, Polito. Kunjungan ini juga turut disertai oleh Tuan Yang Terutama Encik Mario Sammartino, Duta Besar Itali ke Malaysia. Program lawatan dimulakan dengan perjumpaan dengan Y. Bhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM bersama dengan Y. Bhg. Prof. Dr. -Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) dan Y. Bhg. Prof. Dr. Noor Akma Ibrahim, Pengarah INSPEM serta ahli Pengurusan INSPEM.

INSPEM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pihak Polito pada 26 September 2013. Rentetan dari MoU dan kerjasama yang mampan antara kedua pihak, INSPEM telah diiktiraf sebagai  Malaysia-Italy Centre of Excellence for Mathematical Sciences (MICEMS) yang telah dilancarkan pada 10 Mac 2016 di Dewan Taklimat Serdang, UPM. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan dengan lebih lanjut mengenai inisiatif MICEMS.

Delegasi juga turut berkesempatan melawat Pejabat MICEMS bertempat di Tingkat 2, Bangunan INSPEM. Delegasi juga telah dibentangkan dengan aktiviti yang telah dilaksanakan di MICEMS dan juga projek penyelidikan MICEMS antara penyelidik Polito dan juga penyelidik INSPEM serta pelajar PhD INSPEM. Pelajar PhD INSPEM, Nur Aisyah Abdul Fataf turut membentangkan mengenai projek penyelidikan MICEMS yang telah dilaksanakan dan hasil penyelidikan antara kedua pihak. Program lawatan diakhiri dengan lawatan ke Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Adalah diharapkan MICEMS akan dapat meneruskan program yang lebih berkesan dan juga menjadi pintu kepada lebih banyak kerjasama antarabangsa terutama dari negara Eropah. Dengan pengalaman yang luas oleh rakan kongsi dari pihak Itali dan penyelidik tempatan akan mengukuh dan memantapkan lagi hubungan kerjasama Malaysia-Itali terutama dalam bidang sains matematik.

Date of Input: 21/04/2017 | Updated: 21/04/2017 | noorizzati

MEDIA SHARING

INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXDcVAb~