Statistik Gunaan Dan Komputasi | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» PENGAJIAN SISWAZAH » Bidang Pengajian dan Penyelia » Statistik Gunaan dan Komputasi

Statistik Gunaan dan Komputasi

Bidang Statistik Gunaan merangkumi pembangunan teknik atau model dan ia melibatkan penggunaan kaedah statistik untuk menyelesaikan masalah yang digunakan dalam kedua-dua bidang Statistik dan pelbagai bidanglain seperti Ekonomi, Alam Sekitar, Pertanian, Biologi, Kejuruteraan, Perubatan dan lain-lain.

Statistik Komputasi adalah penggunaan komputer yang intensif yang mneyelesaikan pelbagai masalah statistik secara berkomputer.

Bidang Statistik Gunaan dan Komputasi merangkumi sub-bidang seperti berikut:

1)       Pemodelan Statistik dan Ramalan

2)       Statistik Berkomputasi dan Inferens

3)       Analisis Kebolehpercayaan

Deskripsi yang lebih terperinci bagi sub-bidang adalah seperti berikut:

1) Sub-bidang Pemodelan Statistik dan Ramalan merangkumi bidang Analisis Siri Masa, Ramalan, Pemodelan Ruang, Teori Nilai Ekstrim, Envirometrik, Analisis Regresi dan Rekabentuk Uji kaji. Siri masa adalah suatu jujukan pembolehubah rawak yang dicerapkan dengan satu set indeks. Penyelidikan siri masa berkisar tentang model ‘Generalised ARMA (GARMA). Dalam bidang pemodelan ruang penyelidikan ditumpukan kepada model FISSARMA dan model ruang yang bernilai integer. Dalam teori nilai ekstrim penyelidikan ditumpukan kepada pemodelan data ruang ekstrim dan alam sekitar. Penyelidikan dalam analisis regresi di tumpukan kepada diagnostik, teknik teguh dan tak berparameter serta regresi logistik. Diagnostik, Model Linear Am untuk rekabentuk ujikaji dengan respon tak normal dan teknik teguh merupakan penyelidikan terkini.

2) Sub-bidang Statistik Berkomputasi meliputi Statistik Teguh, Diagnostik Berpengaruh, Bootstrapping, Statistik Bayesian, Monte Carlo Rantai Markov (MCMC) dan Perlombongan Data Berstatistik. Dalam statistik teguh, tumpuan penyelidikan kepada regresi teguh, pengecaman titik terpencil, penganggaran parameter bagi model linear dan taklinear dan teknik kawalan kualiti. Teknik bootstrapping teguh merupakan satu lagi tumpuan utama penyelidikan. Statistik Bayesian tertumpu pada maklumat terdahulu, formulasi dan menyelesaikan masalah teori keputusan mudah dan sukar. Penyelidikan MCMC tertumpu pada algoritma MCMC bagi membuat pentakbiran Bayesian ke atas model stokastik yang kompleks. Dalam perlombongan data berstatistik, penyelidikan tertumpu pada pembentukan teknik pentakbiran baharu dalam perlombongan data dengan menggunakan teknik pengoptimuman, banging dan boosting.
 
3) Sub-bidang Analisis Kebolehpercayaan merangkumi empat bidang penyelidikan iaitu Analisis Mandirian, Statistik Perubatan, Biostatistik dan Kawalan Kualiti. Bidang analisis mandirian adalah cabang statistik yang berkaitan dengan kematian organisma biologi dan kegagalan dalam sistem mekanik. Secara lebih amnya, analisis mandirian melibatkan pemodelan masa hingga sesuatu peristiwa berlaku. Statistik perubatan adalah bidang berkaitan dengan aplikasi statistik dalam bidang kesihatan dan perubatan seperti kesihatan umum, perubatan forensik termasuk sains klinikal. Biostatistik ialah aplikasi statistik dalam bidang biologi yang membawa kepada permohonan tertentu untuk perubatan dan pertanian.Tumpuan penyelidikan ialah mandirian relatif, ‘cure fraction’, ‘survival tree’ dan analisis.

 Senarai Penyelia

1

Prof. Dr. Habshah Midi

Tel: +603.9769.6606
Emel: habshah@upm.edu.my

Pautan:
Scopus | Google Scholar ResearchGate

2  

Prof. Madya Dr. Mohd Rizam Abu Bakar

Tel : +603.9769.6824
Emel : mrizam@upm.edu.my

3

Prof. Madya Dr. Jayanthi A/P Arasan

Tel: +603.9769.6835
Emel: jayanthi@upm.edu.my

Pautan:
Scopus | Google Scholar ResearchGate

4  

Dr. Mohd Shafie Mustafa  

Tel: +603.9769.6817
Emel: mshafie@upm.edu.my

Pautan:
Scopus | Google Scholar ResearchGate

 5  

Dr. Norhaslinda Ali

Tel: +603.8946.6828
Emel: norhaslinda@upm.edu.my

Pautan:
Scopus | Google Scholar ResearchGate

     

Kemaskini:: 23/10/2021 [noorizzati]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXETUAo~