Geran Universiti Putra Malaysia (GP) | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» PENYELIDIKAN » Geran Penyelidikan » Geran Universiti Putra Malaysia (GP)

Geran Universiti Putra Malaysia (GP)

Geran Universiti Putra Malaysia adalah geran penyelidikan daripada peruntukan khas Universiti Penyelidikan atau dana RU. Pembiayaan geran ini merupakan inisiatif dari pihak Pengurusan Universiti untuk memenuhi keperluan Key Performance Index (KPI) Universiti Penyelidikan iaitu untuk menghasilkan penerbitan di dalam jurnal berwasit dan yang berimpak tinggi, untuk menerbitkan buku atau bab dalam buku, untuk menghasilkan paten dan produk/teknologi yang boleh dikomersilkan, merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan, untuk meningkatkan bilangan pelajar siswazah yang bergraduat, dan untuk meningkatkan bilangan penyelidik utama (principal investigator). Skop penyelidikan adalah merangkumi penyelidikan fundamental dan gunaan dalam bidang mengikut kluster iaitu Pertanian dan Makanan (Agriculture and Food), Sains Gunaan dan Kejuruteraan (Applied Sciences and Engineering), Biosistem dan Bioteknologi (Biosystems and Biotechnology), Perniagaan, Ekonomi dan Governans (Business, Economics and Governance), Alam Sekitar dan Tenaga (Environment and Energy), Perhutanan dan Biodiversiti (Forestry and Biodiversity), Kemanusiaan dan Pembangunan Nusa Bangsa (Humanities and Nation Building), Sains dan Pengurusan Halal (Halal Science and Management), Kesihatan dan Kesejahteraan Hidup (Health and Well-being), Sains Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Mathematical Sciences, Information and Communication Technology) dan Sains dan Teknologi Bahan (Materials Science and Technology)


Senarai Geran Universiti Putra Malaysia


Kemaskini:: 06/02/2015

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
03-8946-6973
B1566734665