Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» PENYELIDIKAN » Geran Penyelidikan » Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS)

Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS)

Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) adalah geran penyelidikan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ia adalah untuk menggalakkan penyelidikan awal dan menggalakkan penerokaan ilmu yang boleh menjana dan memantapkan ilmu untuk menyumbang kepada peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara. Penyelidikan Eksploratori merupakan penyelidikan yang boleh menjawab persoalan tentang “apa” dan “di mana”. Penyelidikan jenis ini dapat menjana idea baru dalam sesuatu domain ilmu yang belum diteroka sepenuhnya. Penyelidikan eksploratori pada dasarnya bertujuan mencari sesuatu yang baru dan menyingkap rahsia yang terkandung dalam domain ilmu tersebut. Di samping membantu ke arah penjanaan disiplin baru, penyelidikan eksploratori juga dapat mengenalpasti masalah yang berkaitan dalam bidang-bidang penyelidikan tertentu. Penyelidikan ini bertujuan untuk menggalakkan inquisitive minds, meneroka idea dan konsep baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru dan penciptaan yang inovatif yang boleh mengembangkan sempadan ilmu. Pembiayaan geran ERGS meliputi bidang-bidang yang dapat menyokong agenda strategik negara. Bidang-bidang yang dikenalpasti adalah Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Sciences), Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering), Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences), Sains Sosial (Social Sciences), Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts) Sains Tabii dan Warisan Negara (Natural Sciences and National Heritage), Pertahanan dan Keselamatan (Defence and Security)

Senarai Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS)


Kemaskini:: 10/03/2014 [amir_peli]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXDcQAZ~