MathDigest | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» PENYELIDIKAN » Penerbitan » MathDigest

MathDigest

Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) telah mengorak langkah menerbitkan buletin penyelidikan yang dinamakan MathDigest yang memaparkan artikel dalam bidang Sains Bermatematik. MathDigest menyediakan makalah bersifat santai, ringan dan mudah difahami oleh semua golongan masyarakat. MathDigest diterbitkan sebanyak dua kali setahun bertujuan bagi mengetengahkan produk penyelidikan yang mempunyai keputusan penyelidikan yang baik dan terkini kepada umum.

Secara dasarnya, MathDigest memuatkan artikel-artikel ilmiah yang mempunyai pelbagai latar belakang penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik bersekutu INSPEM dan juga oleh penulis jemputan undangan INSPEM. Selain daripada itu, MathDigest juga memaparkan abstrak-abstrak pelajar siswazah yang telah bergraduat.

Pihak editorial mempelawa sesiapa yang ingin menyumbangkan artikel untuk diterbitkan di dalam MathDigest ini. Makalah ataupun sebarang pertanyaan hendaklah dihantar kepada:

Ketua Editor,
MathDigest,
Institut Penyelidikan Matematik,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang, Selangor

Tel : +603.9769.6859/6878 (Nur Sumirah)
E-mel : n_sumirah@upm.edu.my

 

http://einspem.upm.edu.my/mathdigest/

Kemaskini:: 10/08/2020 [noorizzati]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
WXCdQA5~