Perundingan | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» PERKHIDMATAN » Perundingan

Perundingan

Laboratori Perkhidmatan Statistik dan Komputasi menawarkan seminar dan latihan kepada semua pengguna sama ada yang berlatarbelakangkan bidang statistik mahupun tidak. Sekiranya anda, pekerja anda mahupun rakan sekerja anda menghadapi masalah dalam penggunaan statistik atau pengendalian data, pihak laboratori boleh membantu anda. Matlamat pihak laboratori adalah untuk memenuhi keperluan pengguna dengan menawarkan seminar dan latihan kepada sesiapa yang berminat. Lazimnya, seminar dan latihan anjuran pihak laboratori lebih memberi fokus kepada bidang praktikal dan aplikasi statistik.  Jenis perkhidmatan yang kami sediakan adalah seperti berikut:

  • Temu janji Peribadi (Individu/Berkumpulan)
    Selain menyertai seminar atau latihan anjuran laboratori, temu janji individu bagi kumpulan kecil (antara seorang hingga 4 orang) juga boleh dibuat di sini khusus untuk pengguna yang memerlukan sesi perundingan yang lebih terperinci. Sesi temu janji boleh ditetapkan atas persetujuan pihak perunding dan pengguna dengan menghubungi pegawai kami melalui e-mail atau panggilan telefon. Sesi perundingan ini memberi peluang untuk berbincang dengan lebih mendalam untuk topik-topik tertentu, atau mendapatkan bimbingan daripada pakar rujuk laboratori. Sesi perundingan percuma akan diberikan HANYA kepada golongan pekerja dan pelajar di dalam Universiti Putra Malaysia. Pihak laboratori amat menggalakkan para pengguna untuk menghubungi kami sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan di sini.

 

  • Kursus Pendek/Bengkel
    Kepada pengguna yang berminat untuk menghadiri kursus pendek/bengkel anjuran pihak laboratori, kami mempunyai kemudahan seperti Bilik Seminar Al-Farabi dan Makmal Komputer Ulugh Berg di dalam bangunan INSPEM sendiri. Pihak laboratori juga menawarkan sebanyak 12 program umum dalam setahun. Sasaran kami adalah ahli saintis, penyelidik, ahli teknologi dan para pentadbir  yang ingin meningkatkan kemahiran dan kefahaman  mereka dalam aplikasi perisian statistik. Lazimnya kursus pendek /bengkel ini mengambil masa kira-kira dua hari dan mengadungi aktiviti ‘hands-on’.  Bagi kursus pendek/ bengkel pada tahap tinggi, kami mensasarkan kepada ahli statistik dan ahli profesional yang berkaitan. Untuk maklumat lanjut mengenai kursus, tarikh dan harga ikuti pautan untuk program kursus pendek kami.

 

Senarai topik yang sedia ada untuk rundingcara:

Statistics:
1. Complex Data Mining 
2. Handling Missing Data 
3. Instrumentation and Measurement 
4. Sampling Techniques 
5. Regression Analysis 
6. Survival / Reliability Analysis 
7. Extreme Value Analysis 
8. Robust Statistics 
9. Structural Equation Modeling 
10. Small Area Estimation 
11. Bayesian Statistics 
12. Multivariate Analysis 
13. Time Series Analysis
14. Exploratory Data Analysis
15. Statistical Modelling

Statistical & Scientific Computing: 
1. R
2. SPSS
3. SAS
4. Stata
5. Minitab
6. LaTeX
7. High Performance Computing
8. Parallel Programming / Computing
9. Python 
10. MATLAB
11. C / C++

Scientific Writing (LaTeX): 
1. UPM Thesis Template
2. Malaysian Journal of Mathematical Science (MJMS) Template


Pertanyaan dan Maklumat Lanjut: Sebarang cadangan berkaitan dengan seminar/bengkel mengikut keperluan anda boleh diemelkan kepada lpsk_inspem@upm.edu.my atau sila dail +6038946 6878 / +6038946 7261 / +6038946 7263.
 

 

 

Kemaskini:: 04/12/2017 [kathiresan]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDcXAx~