Skim Geran Penyelidikan Sukan KPT | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» PENYELIDIKAN » Geran Penyelidikan » Skim Geran Penyelidikan Sukan KPT

Skim Geran Penyelidikan Sukan KPT

Geran Penyelidikan Sukan KPT adalah geran penyelidikan daripada Peruntukan Pembangunan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi. Penyediaan peruntukan ini adalah sebagai usaha Kementerian menggalakkan Penyelidikan Sukan di IPT. Di bawah Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT), Elemen Penyelidikan Sukan di letakkan di bawah teras ke empat (4) iaitu Skim Kecemerlangan / Kebajikan, Insentif dan Penyelidikan Sukan (SKIPS). Tujuan Geran Penyelidikan Sukan KPT untuk merealisasikan salah satu daripada teras dalam Dasar Pembangunan Sukan IPT. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk menggalakkan penerokaan idea/ konsep/ teori baru yang seterusnya akan menjadi pemangkin kepada penemuan baru, perkembangan ilmu dan penciptaan yang inovatif dan terkini.Bidang keutamaan bagi Penyelidikan Sukan ialah Kejuruteraan Sukan, Fisiologi Sukan, Psikologi Sukan, Sosiologi Sukan, Kesihatan dan Kecergasan dan Perubatan Sukan.


Senarai Geran Penyelidikan Sukan KPT

Kemaskini:: 10/03/2014

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
03-8946-6973
B1566466996