Bengkel Kesedaran Keselamatan Dan Kerahsiaan Data Pengguna: Penyelidik INSPEM Turun Padang | INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
» NEWS » Bengkel Kesedaran Keselamatan Dan Kerahsiaan Data Pengguna: Penyelidik INSPEM Turun Padang

Bengkel Kesedaran Keselamatan Dan Kerahsiaan Data Pengguna: Penyelidik INSPEM Turun Padang

Satu Program Pemindahan Ilmu (Knowledge-Transfer Program) telah dilaksanakan oleh sekumpulan penyelidik INSPEM yang terdiri daripada Prof. Madya Ts. Dr. Masnida Hussin, tiga orang pegawai penyelidik INSPEM dan wakil CyberSecurity Malaysia (CSM) melalui program Bengkel Kesedaran Keselamatan dan Kerahsiaan Data Pengguna pada 4 Januari 2024 yang lalu di Mercure Living Putrajaya. Inisiatif penganjuran bengkel unjuran daripada kerjasama bersama pihak CyberSecurity Malaysia menerusi Projek Kerjasama INSPEM-CSM: Public Data Classification Program – Privacy and User Right adalah sebagai satu projek rintis menggunakan katalog data awam yang telah dibangunkan. Selain itu, penyelidik berhasrat untuk menyahut keperluan kerajaan Malaysia dalam meningkatkan kesedaran masyarakat dalam konteks keselamatan maklumat dan pendidikan menerusi Malaysia Cyber Security Strategy 2020-2024 dalam mendepani isu-isu jenayah siber. Dengan itu, salah satu objektif penganjuran bengkel adalah untuk memainkan peranan sebagai penyelidik dan menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat ‘Corporate Social Responsibility (CSR)’ kepada kelompok komuniti yang disasarkan. Bagi fasa pertama ini, sebanyak lapan (8) agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan data pengguna dalam agensi masing-masing telah hadir, iaitu daripada (i) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), (ii) Jabatan Peguam Negara (AGC), (iii) Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri, (iv) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), (v) Kementerian Komunikasi Digital (KKD), (vi) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), (vii) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan (viii) Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Sebagai satu langkah awal jaringan yang dilaksanakan, inisiatif ini dijangkakan dapat memberikan faedah dan impak dalam meningkatkan kerjasama antara universiti dan sektor awam dalam usaha meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kewajipan setiap individu dan organisasi dalam menjaga kerahsiaan data peribadi dan data pengguna.

Date of Input: 12/01/2024 | Updated: 12/01/2024 | zaharimahad

MEDIA SHARING

INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXEbTA6~