22 Negara Sertai Persidangan Antarabangsa, ICRAAM2020 | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » 22 Negara sertai Persidangan Antarabangsa, ICRAAM2020

22 Negara sertai Persidangan Antarabangsa, ICRAAM2020

SERDANG – Seramai lebih 120 orang peserta dari 22 negara (Bangladesh, India, Indonesia, Iraq, Iran, Itali, Jepun, Jordan, Kenya, Maghribi, Nigeria, Pakistan, Palestin, Filipina, Arab Saudi, Selatan Afrika, Korea Selatan, Thailand, Turki, UAE, UK, dan Uzbekistan) menghadiri persidangan antarabangsa, International Conference on Recent Advances in Applied Mathematics 2020 (ICRAAM2020).

 

ICRAAM2020 merupakan persidangan antarabangsa yang pertama penganjuran bersama pihak Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM; Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UPM; dan COMSATS University Islamabad, Pakistan. Program ini diadakan dengan jayanya pada 4 – 6 Februari bertempat di DoubleTree by Hilton Hotel Kuala Lumpur. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (LPU).

 

“Bidang Matematik merupakan satu bidang yang luas dan meliputi pelbagai teori dan aplikasi (statistik) seperti Applied Mathematics including Cosmology, Fluid Dynamics, Geometric Numerical Integration, Numerical Computation, Difference Equations, Numerical Analysis, Mathematical Cryptology, Statistics and Operational Research dan lain-lain. Dengan adanya siri persidangan ini, peserta dapat mengetahui perkembangan terkini dalam sains dan aplikasi matematik khususnya dalam topik-topik tersebut” katanya ketika merasmikan ICRAAM disini.

Penganjuran ICRAAM ini adalah bagi memastikan aktiviti penyelidikan matematik sentiasa mengikut perkembangan terkini dan penemuan baru dapat membantu penyelidik untuk lebih peka kepada isu-isu semasa yang diketengahkan. Selain itu, INSPEM juga dapat meluaskan skop jaringan penyelidikannya menerusi jaringan kerjasama bersama institusi dan agensi luar bagi memantapkan lagi penyelidikan sedia ada dan salah satu sumber penjanaan kewangan

Tarikh Input: 13/02/2020 | Kemaskini: 27/11/2020 | noorizzati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXESLAr~