SOALAN LAZIM | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Umum
1
Bilakah INSPEM ditubuhkan?

INSPEM telah ditubuhkan pada 1 April 2002.

2
Bagaimanakah struktur organisasi pentadbiran di INSPEM?

Untuk maklumat lanjut berkenaan struktur organisasi pentadbiran di INSPEM, sila rujuk kepada pautan berikut:

http://www.inspem.upm.edu.my/carta


Pengajian Siswazah
3
Apakah syarat kemasukan untuk Program Pengajian Siswazah di INSPEM?

Kelayakan akademik untuk program Ijazah Master adalah seperti berikut:
Mempunyai Ijazah Bacelor atau kelulusan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.500 PNGK kurang daripada 2.500 tetapi melebihi 2.250 dengan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan dengan program yang dipohon tidak kurang daripada 2 tahun. Kelayakan akademik untuk program Ijazah Ph.D adalah seperti berikut:
Ijazah Master dalam bidang yang berkaitan.

4
Bagaimana sekiranya saya berminat untuk mendaftar sebagai pelajar di INSPEM?

Anda boleh melawati laman sesawang berikut untuk mendapatkan maklumat selanjutnya: http://www.sgs.upm.edu.my


Penyelidikan
5
Bagaimanakah sekiranya saya berminat untuk menjadi penyelidik di INSPEM?

Sekiranya anda berminat untuk menjadi penyelidik di INSPEM, anda boleh memohon sebagai Penyelidik Bersekutu, Saintis Pelawat, Felo Penyelidik dan Penyelidik Pasca Kedoktoran. Anda boleh menghubungi En.Muhammad Firdaus Abdul Rahim (firdausrahim1987@gmail.com/03-8946 7254) iaitu Pegawai Sains yang bertanggungjawab menguruskan urusan permohonan sebagai penyelidik di INSPEM.

6
Apakah bidang-bidang penyelidikan yang terdapat di INSPEM?

Untuk mengetahui bidang-bidang penyelidikan yang terdapat di INSPEM, anda boleh merujuk kepada pautan berikut : http://www.inspem.upm.edu.my/Laboratori


Perkhidmatan
7
Apakah jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh INSPEM kepada pelajar dan penyelidik UPM?

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan di INSPEM, sila rujuk kepada pautan berikut: http://www.inspem.upm.edu.my/perkhidmatanBM

8
Adakah setiap perkhidmatan yang ditawar dikenakan bayaran?

Untuk setiap perkhidmatan dan bayaran yang dikenakan, anda boleh menghubungi Pn. Noor Izzati Buharan Nordin (noorizzati@upm.edu.my/03-89467262) iaitu Pegawai Sains yang bertanggungjawab menguruskan urusan perkhidmatan di INSPEM.


Penerbitan
9
Adakah INSPEM mempunyai jurnal penyelidikan tersendiri?

Ya, INSPEM mempunyai jurnal penyelidikan sendiri iaitu Malaysian Journal Mathematical Sciences (MJMS). Anda boleh merujuk pautan berikut: http://einspem.upm.edu.my/journal

10
Apakah prosedur yang perlu dilakukan sekiranya saya berminat untuk menghantar kertas kerja untuk diterbitkan dalam Malaysian Journal Mathematical Sciences, INSPEM.?

Sekiranya anda berminat untuk menghantar kertas kerja ke MJMS, anda boleh merujuk pautan berikut http://einspem.upm.edu.my/journal atau menghubungi Pn. Nor Azlida Aminuddin (azlidaami.upm@gmail.com/03-8946 8910) untuk keterangan lanjut.

Kemaskini:: 29/03/2016 [zaharimahad]

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
03-8946-6973
B1566734774