AISMM Lecture Series 3: Algebra, Topology, Fields And Application | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » AISMM Lecture Series 3: Algebra, Topology, Fields and Application

AISMM Lecture Series 3: Algebra, Topology, Fields and Application

AISMM Lecture Series 3 merupakan penganjuran ke-3 siri syarahan dengan kerjasama INSPEM telah diadakan pada 23 – 24 Februari 2019 bertempat di Bilik Seminar Al-Farabi, INSPEM. Siri Syarahan ini merupakan kesinambungan daripada penganjuran pertama dan kedua AISMM Lecture Series dengan topik khusus aljabar bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan berkaitan Aljabar, Toplogi dan pengaplikasiannya.

Objektif penganjuran siri syarahan adalah bagi mempromosi dan menggalakkan pertukaran idea yang terkini dalam bidang matematik teori. menyediakan satu forum bagi penyelidik, penyumbang dan pengguna ilmu matematik untuk membincangkan perkembangan terkini dalam bidang matematik teori dan memberikan pemahaman teori dalam matematik melalui pakar dalam bidang matematik teori khususnya dalam bidang aljabar.

Empat orang penceramah telah dijemput berkongsi ilmu dalam siri syarahan ini seperti berikut:
i. Prof. Emeritus. Dato’ Dr. Kamel Ariffin Mohd Atan, AISMM
ii. Prof. Dr. Isamiddin Rakhimov, Universiti Putra Malaysia
iii. Prof. Dr. Abdumalik Rakhimov, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
iv. Prof. Madya Dr. Bekbaev Ural, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tarikh Input: 05/03/2019 | Kemaskini: 05/03/2019 | noorizzati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXEZUAb~