Serdang, 14 Januari 2025 – Bengkel High-Performance Computing (HPC) Siri 3 telah berjaya diadakan pada 14 Januari 2025, dengan penyertaan yang memberangsangkan daripada pelbagai latar belakang akademik. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta dalam penggunaan HPC, khususnya dalam penyusunan kerja (job scheduling) dan penggunaan Slurm pada pelayan HPC.
Prof. Madya Dr. Nor Asilah Wati Abdul Hamid, selaku Ketua HPC di INSPEM yang mengetuai bengkel tersebut. Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada pelbagai modul latihan intensif yang merangkumi pengenalan serta aplikasi praktikal HPC. Sesi latihan ini telah dikendalikan oleh En. Kathiresan Gopal dari Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia (UPM), yang berpengalaman luas dalam pengurusan sistem HPC.
Selain ceramah teknikal, bengkel turut merangkumi latihan praktikal secara hands-on serta sesi bimbingan langsung bersama fasilitator Puan NorHidayah Che Hassan, bagi membantu peserta menguasai kaedah terbaik dalam penggunaan sistem HPC.
Antara topik utama yang diketengahkan ialah:
Maklum balas yang diterima daripada peserta amat positif. Sebahagian besar peserta menyatakan bahawa bengkel ini telah membantu mereka memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang relevan dengan perkembangan terkini dalam penggunaan pelayan HPC.
Penganjuran Bengkel HPC Siri 3 ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan INSPEM untuk memperkasakan pengkomputeran berprestasi tinggi. Usaha ini diharap dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu menyokong kemajuan industri dan penyelidikan di UPM serta di peringkat nasional.

Tarikh Input: 18/02/2025 | Kemaskini: 18/02/2025 | norhidayahche

Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor