Bengkel Pembangunan Reka Bentuk Soal Selidik Anjuran INSPEM | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK inspem
» BERITA » Bengkel Pembangunan Reka Bentuk Soal Selidik Anjuran INSPEM

Bengkel Pembangunan Reka Bentuk Soal Selidik Anjuran INSPEM

Serdang, 7–8 Oktober 2025 – Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Reka Bentuk Soal Selidik dan Persampelan bertempat di Makmal Melawati 1, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.

Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi Malaysia dan telah disertai oleh seramai 35 peserta yang mewakili pelbagai agensi di bawah kementerian tersebut, termasuk Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat (MyGCC), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), BERNAMA, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Program ini telah diketuai oleh Ketua Penceramah, Prof. Dr. Ahmad Fauzi Mohd Ayub, bersama pasukan beliau yang terdiri daripada Pn Nur Raidah Salim dan En Kathiresan Gopal selaku Pegawai Penyelidik Kanan yang berpengalaman luas dalam bidang reka bentuk soal selidik dan persampelan. Kepakaran mereka telah memberikan nilai tambah yang signifikan kepada bengkel ini melalui perkongsian ilmu dan latihan praktikal yang mendalam.

Inisiatif bengkel ini merupakan langkah strategik dalam memperkukuh keupayaan penyelidikan dan pembangunan instrumen di kalangan agensi yang berkeperluan. Pendedahan kepada kaedah reka bentuk soal selidik yang sistematik serta teknik persampelan yang tepat membolehkan peserta menghasilkan dapatan kajian yang lebih sah dan boleh diguna pakai dalam perancangan dasar serta komunikasi strategik.

Dengan sokongan akademik daripada INSPEM-UPM, bengkel ini menjadi platform penting untuk pemindahan ilmu, pembangunan kapasiti sumber manusia, dan pengukuhan budaya penyelidikan berasaskan data dalam sektor komunikasi awam.

 

  

Tarikh Input: 10/10/2025 | Kemaskini: 10/10/2025 | norhidayahche

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
X, (10:36:49pm-10:41:49pm, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]