Bangi, 1 Oktober 2025 – Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Bengkel Penulisan Geran dan Penerbitan UDRP/PDRP yang berlangsung di Bangi Golf Resort dengan penglibatan para penyelidik INSPEM.
Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penyelidik dalam penyediaan proposal geran penyelidikan serta memperkukuh keupayaan dalam penerbitan hasil kajian. Selain itu, ia juga menjadi platform untuk memperkasa budaya penyelidikan berimpak tinggi yang menjadi tonggak kecemerlangan INSPEM.
Melalui perkongsian ilmu dan perbincangan yang diadakan, bengkel ini diharapkan dapat membantu penyelidik menghasilkan cadangan proposal geran yang lebih kompetitif dan penerbitan jurnal yang berkualiti tinggi, seterusnya menyumbang kepada agenda universiti dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyelidik yang hadir serta jawatankuasa penganjur yang telah memastikan kelancaran perjalanan bengkel ini.



Tarikh Input: 02/10/2025 | Kemaskini: 02/10/2025 | norhidayahche

Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor