KEM MATEMATIK INSPEM 2014 | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » KEM MATEMATIK INSPEM 2014

KEM MATEMATIK INSPEM 2014

Pada 22-24 Ogos 2014 yang lalu, Laboratori Sains Berkomputasi dan Fizik Bermatematik, INSPEM telah menganjurkan program Kem Matematik INSPEM 2014 bersama dengan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Taiping, Perak dengan jayanya. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UPM dan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA). Seramai 75 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring telah menyertai program ini. Kem Matematik yang bertujuan untuk memperluaskan lagi pengalaman pelajar dalam menghayati penggunaan sains bermatematik dalam dunia realiti adalah sejajar dengan matlamat UPM iaitu memperkasakan penglibatan komuniti dalam perkongsian ilmu. Selaras dengan tema program iaitu Penerokaan Matematik Menjangkau Pengetahuan, INSPEM amatlah berbesar hati melaksanakan program ini untuk berbakti kepada masyarakat khususnya para pelajar generasi pelapis negara melalui perkongsian ilmu dan pengalaman yang dimiliki dalam bidang sains bermatematik. Diharapkan usaha murni ini dapat menyumbang kepada kemajuan sains matematik pada masa hadapan



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
03-8946-6973
B1566755434