20 Ogos 2025 – Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM telah mengadakan satu lawatan rasmi ke FGV Innovation Center yang terletak di Bandar Enstek, Nilai. Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah INSPEM, Prof. Madya Dr. Nor Asilah Wati Abdul Hamid bersama Pegawai Penyelidik INSPEM. Penganjuran lawatan ini bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama serta meneroka potensi kolaborasi strategik yang dapat menyokong agenda penyelidikan dan pembangunan (R&D) kedua-dua pihak. Ketua FGV Innovation Center, Dr. Lee Yang Ping, menyambut baik hasrat INSPEM untuk membina rangka kerjasama yang mampan. Beliau menekankan bahawa kerjasama bersama institusi penyelidikan seperti INSPEM mampu memperkukuh usaha FGV dalam mempercepat inovasi, khususnya dalam bidang berkaitan mikrob, kultur tisu, pengklonan, genomik dan bioinformatik. Sepanjang lawatan, delegasi INSPEM turut diberi penerangan mendalam mengenai pelbagai inisiatif penyelidikan dan inovasi yang dijalankan di FGV Innovation Center. Rombongan turut berpeluang meninjau fasiliti penyelidikan berteknologi tinggi yang menjadi tunjang kepada agenda R&D FGV.



Tarikh Input: 29/08/2025 | Kemaskini: 29/08/2025 | norhidayahche

Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor