National Conference On Intelligence Computing And Statistical Sciences 2025 (NCIC-SS2025) | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » National Conference on Intelligence Computing and Statistical Sciences 2025 (NCIC-SS2025)

National Conference on Intelligence Computing and Statistical Sciences 2025 (NCIC-SS2025)

Serdang, 6 Ogos 2025 – Program National Conference on Intelligence Computing and Statistical Sciences 2025 (NCIC-SS2025) telah berjaya dianjurkan pada 6 Ogos 2025 bertempat di Bilik Seminar, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia.

Persidangan ini menghimpunkan lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri daripada penyelidik, ahli akademik serta industri. Penganjuran ini menjadi platform penting bagi perkongsian ilmu, hasil penyelidikan dan perbincangan mengenai isu serta perkembangan terkini dalam bidang pengkomputeran pintar dan sains statistik.

Bertemakan “Data to Decisions: Empowering Green Artificial Intelligence and Statistical Sciences through Research and Innovations”, NCIC-SS2025 turut menekankan kepentingan penyelidikan dan inovasi dalam menyokong pembangunan teknologi hijau serta kelestarian melalui pendekatan kepintaran buatan dan statistik.

Penganjuran persidangan ini dijangka dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti, institusi penyelidikan dan industri, seterusnya menyumbang ke arah kecemerlangan penyelidikan dan inovasi di peringkat nasional serta antarabangsa.

   

  

                                    

Tarikh Input: 29/08/2025 | Kemaskini: 29/08/2025 | norhidayahche

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
F, (05:29:47pm-05:34:47pm, 21 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]