SERDANG, 13 November 2025 – Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Masnida Husain dan kumpulan Penyelidik Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia atas kejayaan merangkul Anugerah Gangsa dalam penyertaan Pameran International University Carnival on E-Learning (IUCEL2025) melalui produk inovasi bertajuk Scalable Multi-Tier Assessment System Using Cloud and Collaborative Evaluation for Service-Learning Participation.
Pameran bertaraf antarabangsa tersebut telah dianjurkan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 13 November 2025 di Dewan Canselor, UTeM yang telah menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa untuk mempamerkan inovasi serta amalan terbaik dalam bidang e-pembelajaran.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen dan kepakaran Prof. Madya Ts. Dr. Masnida Husain dalam membangunkan inovasi pembelajaran digital yang berkualiti serta relevan dengan keperluan pendidikan masa kini. Kejayaan ini turut menyumbang kepada peningkatan visibiliti penyelidikan INSPEM dan Universiti Putra Malaysia di peringkat antarabangsa.
INSPEM merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini dan berharap kejayaan tersebut dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi, kolaborasi serta kecemerlangan penyelidikan pada masa hadapan.

Tarikh Input: 17/12/2025 | Kemaskini: 17/12/2025 | norhidayahche

Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor