Sesi Perkongsian Geran Penyelidikan Antarabangsa Oleh AFOSR | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » Sesi Perkongsian Geran Penyelidikan Antarabangsa oleh AFOSR

Sesi Perkongsian Geran Penyelidikan Antarabangsa oleh AFOSR

Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) telah terpilih menjadi hos bagi lawatan rakan strategik antarabangsa UPM, iaitu Air Force Office of Scientific Research (AFOSR) ke Universiti Putra Malaysia pada pada 22 Mac 2024. Matlamat utama sesi perkongsian ini adalah untuk menerokai peluang mendapatkan geran penyelidikan antarabangsa dari pendanaan AFOSR kepada penyelidik-penyelidik UPM. Sesi taklimat ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali, merupakan Pengarah INSPEM, diikuti oleh Prof. Goh Yong Meng mewakili Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan seterusnya delegasi dari US Air-Force iaitu Leftenan Kolonel. Dr. Jeffrey Newcamp dan Kapten Daniel Pomerico, serta Dr. Richard Yamada dari Navy Office, menyampaikan pembentangan dan mengendalikan sesi tanya jawab. Penyelidik INSPEM, Prof. Madya Dr. Nor Asilah Wati Abdul Hamid dan Dr. Nurisya Mohd Shah, merupakan penyelidik UPM yang telah berjaya mendapatkan dana penyelidikan dari AFOSR turut hadir dan berkongsi pengalaman mereka.

Air Force Office of Scientific Research adalah sebuah agensi dalam Angkatan Udara Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk merancang, membangun, dan memelihara kemampuan sains dan teknologi untuk kepentingan udara dan angkasa udara tentera di seluruh dunia. AFOSR memberikan dana dan sokongan kepada universiti, institusi penyelidikan, dan industri untuk menjalankan penyelidikan interdisiplin dan pembangunan yang berkaitan dengan kepentingan keselamatan dan keamanan nasional di udara dan angkasa. Bidang-bidang penyelidikan AFOSR melibatkan teknologi udara, pengembangan pesawat, sistem sensor, pengawasan dan kawalan udara, komunikasi tentera, kecerdasan buatan, bahan maju, dan termasuk bidang sains matematik.

Tarikh Input: 18/03/2024 | Kemaskini: 18/03/2024 | zaharimahad

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXEcFAo~