Program Penyelidikan | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» Program Penyelidikan

Program Penyelidikan

1. Fizik Matematik dan Kejuruteraan
Mengupas struktur dan teknik matematik dalam sains fizik dan kejuruteraan yang merangkumi bidang matematik gunaan seperti mekanik rekahan dan kontinum serta dinamik bendalir, termasuk juga sains kuantum dan relativiti. Antara bidang penyelidikan termasuk konveksi bendalir, aliran dalam nanocecair dan media berliang, asas teori kuantum, dan topik berkaitan yang lain.

 

2. Matematik Komputasi dan Pengiraan Saintifik
Melibatkan persilangan antara matematik dan aplikasi dalam sains lain serta meneroka pembangunan kerangka matematik dan alat pengiraan untuk menyelesaikan masalah matematik atau saintifik. Antara bidang penyelidikan termasuk analisis berangka, pemodelan matematik, pengoptimuman, kewangan komputasi, dan topik berkaitan yang lain.

 

3. Nilai Matematik dalam Masyarakat
Nilai dalam matematik berpunca daripada epistemologi falsafah. Dalam epistemologi ini, pengetahuan kognitif diklasifikasikan kepada tiga kategori utama: metafizik, matematik dan sains tabii. Pengelasan ini secara amnya dihuraikan dengan mengintegrasikan sains intelektual dan sains yang diwarisi. Dalam pengelasan ini, metafizik merupakan matlamat utama bagi semua cabang sains intelektual. Objektif tersirat metafizik dianggap sebagai nilai dalam skema tersebut. Nilai matematik dalam masyarakat menerangkan sifat intrinsik paradigma dalam pengajaran dan pembelajaran subjek ini dalam masyarakat.

 

4. Pembangunan Pedagogi dalam Matematik

  • Kajian berkaitan teori dan amalan dalam pengajaran matematik bagi meningkatkan pemahaman matematik. Antara pendekatan yang akan dikaji ialah konstruktivisme, penguasaan, kolaboratif, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran berasaskan masalah serta lain-lain.

  • Aplikasi alat teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, reka bentuk sistem pembelajaran matematik, penilaian dalam pengajaran matematik, serta isu sosial, etika dan kemanusiaan berkaitan penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik.

 

Kemaskini:: 23/01/2026 [norhidayahche]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
F, (09:20:24am-09:25:24am, 07 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]