Forum MH370: From Sea To Space Research | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » Forum MH370: From Sea to Space Research

Forum MH370: From Sea to Space Research

21 Februari 2025 – Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) telah menganjurkan forum bertajuk From Sea to Space Research, Acoustic-Gravity Waves Theory & Application – Insights from MH370 pada 21 Februari 2025 (Jumaat) di Bilik Seminar Al-Farabi, INSPEM. Forum ini menampilkan dua panel jemputan, iaitu Dr. Usama Kadri dari School of Mathematics, Cardiff University, UK dan Prof. Dr. Alyani Ismail, Pengarah i-Putra UPM, Profesor di Fakulti Kejuruteraan, UPM. Forum ini dimoderatorkan oleh Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali, Pengarah Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM.

Penyelidikan yang dibincangkan dalam forum ini memberi tumpuan kepada penggunaan teori Acoustic-Gravity Waves (AGW) dalam usaha memahami lebih lanjut kehilangan pesawat MH370. Forum ini turut membincangkan bagaimana gelombang akustik-graviti boleh digunakan dalam pencarian objek di lautan serta aplikasi lain yang berkaitan dengan penerokaan angkasa.

Dr. Usama Kadri membentangkan kajiannya mengenai bagaimana AGW boleh membantu dalam mengesan dan menjejak kejadian seperti kehilangan pesawat. Beliau menjelaskan bagaimana gelombang ini dapat merentasi jarak jauh melalui lautan dan atmosfera, sekali gus memberikan petunjuk penting dalam usaha mencari MH370.

Sementara itu, Prof. Dr. Alyani Ismail membincangkan aspek kejuruteraan dan teknologi yang boleh dimanfaatkan dalam pemprosesan data serta aplikasi sensor untuk meningkatkan keupayaan pemantauan dan pencarian di masa hadapan.

Forum ini turut mengupas cabaran serta potensi masa depan dalam bidang penyelidikan berkaitan, dengan menekankan kepentingan pendekatan antara disiplin dalam usaha menyelesaikan misteri kehilangan MH370.

     

Tarikh Input: 28/02/2025 | Kemaskini: 28/02/2025 | norhidayahche

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
W, (01:32:58am-01:37:58am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]