INSPEM Menerima Saintis Pelawat Dari Arab Saudi Dan New Zealand | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » INSPEM menerima Saintis Pelawat dari Arab Saudi dan New Zealand

INSPEM menerima Saintis Pelawat dari Arab Saudi dan New Zealand

Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia telah menerima tiga orang saintis pelawat. Dua saintis pelawat dari Jabatan Matematik, Taif University, Arab Saudi. Nama mereka ialah Prof. Dr. Abdelmooty Mohamed Abd-Alla Ahmed (25 September hingga 10 Oktober 2014) dan Assoc. Prof. Dr. El-Sayed Mohamed Abo-Dahab Khedary (25 September hingga 17 Oktober 2014). Mereka akan menjalankan penyelidikan bersama dengan Prof. Dr. Adem Kilicmen dari Laboratori Kriptografi, Analisis dan Struktur. Saintis pelawat yang terakhir adalah Prof. Dr. Bakhadyr Khoussainov (1 Oktober 2014) dari Jabatan Sains Komputer, University of Auckland, New Zealand. Beliau berkhidmat dibawah Laboratori Sains Berkomputasi dan Fizik Bermatematik bersama dengan Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin. Beliau akan menyampaikan satu woksyop yang bertajuk One Day Workshop On Games Played On Graphs. Woksyop ini akan diadakan pada 1st October 2014 bertempat Bilik Seminar Al-Farabi.

Saintis Pelawat INSPEM


One Day Workshop On Games Played On Graphs

Tarikh Input: | Kemaskini: | firdaus_rahim

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
03-8946-6973
C1576063754