IQRAC 2018 | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » IQRAC 2018

IQRAC 2018

IQRAC2018 telah diadakan pada 5 - 8 Ogos 2018 bertempat di Hotel Imperial, Kuching, Sarawak dengan sokongan pihak Sarawak Convention Bureau.  Tema IQRAC2018, “Mathematical Challenges in Big Data Analysis” dipilih selaras dengan perkembangan dan pembangunan semasa penyelidikan dalam ‘Big Data’ dan matematik merupakan salah satu cabang penting dan kuat dalam merealisasikan hasrat ke arah kemajuan sains matematik di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.  Seramai 150 orang peserta dari dalam dan luar negara telah mendaftar sebagai pembentang dan peserta ICREM7.  Beberapa tokoh ilmuan terkemuka telah dijemput sebagai pembentang jemputan seperti Prof. Dr. Abdellah Salhi dari University of Essex, United Kingdom dan Dr. Dzaharudin Mansor dari Microsoft Malaysia sebagai Pembentang Ucap Utama diikuti dengan  Prof. Dr. Stefan Pickl dari Universität der Bundeswehr München, Germany, Prof. Dr. Partha Lahiri dari University of Maryland, USA dan Prof. Madya Dr. Zaleha Ismail dari Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.

 

Peserta IQRAC 2018

Tarikh Input: 09/10/2018 | Kemaskini: 09/10/2018 | noorizzati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXEZOAa~