Kem Matematik Kebangsaan INSPEM 2019 | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » Kem Matematik Kebangsaan INSPEM 2019

Kem Matematik Kebangsaan INSPEM 2019

SERDANG – Seramai 50 peserta yang terdiri dari Sekolah Menengah Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Sekolah Menengah Kebangsaan SS17, Subang Jaya dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur telah menyertai Kem Matematik Kebangsaan INSPEM 2019.  Program ini dianjurkan bersama dengan SERATAS dan turut mendapat kerjasama dari Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), Akademik Ilmuwan Sains Matematik Malaysia (AISMM) dan Persatuan Penyelidikan Kriptografi Malaysia (MSCR). 

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin pada 28 Jun 2019 di Bilik Seminar Al-Farabi, Bangunan INSPEM, UPM.

“Penganjuran program ini memberikan banyak pendedahan baharu kepada para murid tentang keunikan ilmu matematik dalam kehidupan seharian.  Bertemakan Penerokaan Matematik Menjangkau Pengetahuan, adalah diharapkan usaha murni ini dapat menyumbang kepada kemajuan sains matematik pada masa hadapan.” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut.

Wakil guru dari SERATAS, Puan Jaslina Abdul Jalil berkata dalam ucapannya telah menyarankan penganjuran Kem Matematik yang telah dinaiktaraf ke peringkat kebangsaan perlu diadakan pada setiap tahun agar dapat membantu murid sejak di peringkat sekolah bagi meminati bidang matematik seterusnya menjadi asas kepada pelajar dalam menguasai bidang kejuruteraaan dan sains teknologi apabila mereka berada di menara gading.

Penganjuran kem matematik kali keenam ini telah mencapai objektifnya dan berlangsung dengan jayanya.

Tarikh Input: 03/07/2019 | Kemaskini: 27/11/2020 | noorizzati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXDdSAb~