Malaysian Cryptology And Information Security Lecture Series’ Dibuat Dalam Talian | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » Malaysian Cryptology and Information Security Lecture Series’ dibuat dalam talian

Malaysian Cryptology and Information Security Lecture Series’ dibuat dalam talian

 

SERDANG, 14 Julai  - Laboratori Kriptografi, Analisis dan Struktur, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan 5th Malaysian Cryptology and Information Security Lecture Series 2021 (MCISLS 2021) secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom.

Program itu adalah siri kuliah yang diadakan setiap dua tahun dan telah memasuki penganjuran kali kelima pada tahun ini.

MCISLS 2021 memfokuskan kepada perkembangan semasa dalam blok rantai (blockhain), analisis kripto terhadap kriptografi kunci umum dan penggunaan unit pemprosesan grafik dan peranti terbenam (embedded device) dalam primitif kriptografi serta isu-isu lain dalam bidang kriptografi dan keselamatan maklumat.

Siri kuliah ini dihadiri 35 peserta dan menampilkan penceramah jemputan daripada pelbagai institusi, antaranya Prof. Dr. Miss Laiha Mat Kiah dari Universiti Malaya (UM); Dr. Arif Mandangan Universiti Malaysia Sabah (UMS); Dr. Lee Wai Kong, Gachon University, South Korea; Dr. Syed Farid Syed Adnan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Dr. Amir Hamzah Abd Ghafar (UPM).

Program ini juga mendapat tajaan Malaysian Society for Cryptology Research (MSCR) yang menaja yuran penyertaan peserta.

Seramai 10 orang pelajar mendapat manfaat daripada penajaan tersebut. Siri kuliah itu berjaya mengetengahkan bidang Kriptologi dengan membincangkan kajian terkini yang dihasilkan oleh pembentang.

Ia juga menggalakkan kajian lanjutan dan interaksi antara pelajar dengan penyelidik tersohor dalam bidang berkenaan. - UPM

Tarikh Input: 26/08/2021 | Kemaskini: 26/08/2021 | noorizzati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
W1UKTKA:10:15