Penyelidik INSPEM Meraih Pingat Emas Dalam Pecipta 2019 | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » Penyelidik INSPEM Meraih Pingat Emas dalam Pecipta 2019

Penyelidik INSPEM Meraih Pingat Emas dalam Pecipta 2019

PENYELIDIK INSPEM MERAIH PINGAT EMAS DALAM PECIPTA 2019

Serdang, Selangor, 30 September – Projek penyelidikan yang bertajuk Rabin-p Key Encapsulation Mechanism (KEM) yang diketuai oleh Dr. Muhammad Asyraf Asbullah (Penyelidik Bersekutu INSPEM), dan ahli projeknya Prof. Madya Dr. Muhammad Rezal Kamel Ariffin (Penasihat) dan Encik Zahari Mahad (Pegawai Penyelidik INSPEM) dari Laboratori Kriptografi, Analisis dan Struktur telah berjaya merangkul pingat emas di bawah kategori Fundamental dan Cluster Digital Era, Data Analytics & Automation Revolution (DEDAAR) dalam Pameran R&D International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning (PECIPTA 2019).

Pecipta 2019 menjadi platform kepada penyelidik untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing disamping menggalakkan jaringan dan kerjasama strategik antara IPT dengan pihak industri.

Lebih 500 produk penyelidikan dan inovasi dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, industri, agensi kerajaan dan swasta dipamerkan dan dipertandingkan pada persidangan itu pada 22 – 23 September lalu di UTHM, Johor.

Secara keseluruhan UPM telah berjaya merangkul 11 emas dan 9 perak daripada 20 penyertaan.

Tarikh Input: 03/10/2019 | Kemaskini: 27/11/2020 | noorizzati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXEaGAR~