UTAMA | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK

Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi keutamaan kepada keperluan pelajar UPM. Oleh itu, UPM menyediakan pelbagai peralatan dan kemudahan teknologi untuk memastikan kebajikan pelajar terjaga.

Sejajar dengan itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan selesa bagi pelajar dan seterusnya mewujudkan pencapaian akademik, kemahiran insaniah dan juga kehidupan yang mampan.

INSPEM Menyediakan Peluang Kepada Graduan Matematik 
Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Tinggi MSc dan PhD

 

Makmal Komputer Ulugh Beg

 

Borang Kadar Sewa Bilik / Makmal Komputer

Institut Penyelidikan Matematik merupakan sebuah institusi penyelidikan yang fungsinya mengkhusus kepada penyelidikan dalam bidang matematik dan juga bidang yang sebahagian besar komponennya melibatkan bidang matematik. Ianya ditubuhkan untuk mengisi keperluan sebuah pusat penyelidikan matematik di negara kita. Mula beroperasi pada 1 April 2002 setelah diluluskan penubuhannya oleh Bahagian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan November 2001. Institut ini adalah di bawah pentadbiran UPM dan buat masa ini tertakluk kepada peraturan yang terkandung dalam statut penubuhan institut di UPM. 

Aktiviti utama INSPEM adalah merancang, mengenal pasti dan melaksanakan penyelidikan dalam bidang Matematik Tulen, Statistik dan Matematik Gunaan, Sains Bermatematik dan Aplikasi serta bidang Pendidikan dan Literasi Matematik. Di samping itu, Institusi ini berperanan untuk mewujudkan saluran dua   hala antara Institut dengan agensi awam dan swasta yang melaluinya hasil penyelidikan dapat disalurkan dan permasalahan yang memerlukan penyelidikan bermatematik dapat diterima dan ditangani di Institut ini. Institut juga berperanan untuk mewujudkan kegiatan penyelidikan secara kolaboratif dengan agensi penyelidikan lain dalam dan luar UPM. Adalah juga satu tugas utama INSPEM untuk mempelawa penyelidik muda yang berbakat untuk memanfaatkan kegiatan penyelidik di INSPEM sehingga memperoleh ijazah peringkat M.Sc dan Ph.D. 

Fungsi utama INSPEM adalah: 

• Mewujudkan critical-mass penyelidik dalam penyelidikan high-end bidang matematik. 
• Melaksanakan penyelidikan dalam semua bidang yang telah dikenal pasti. 
• Mewujudkan kemudahan penyelidik bermatematik terkini. 
• Menjadi pusat rujukan penyelidikan berteraskan matematik. 
• Menyebarkan maklumat hasil penyelidikan di INSPEM kepada pihak awam dan swasta. 
• Mewujudkan kemudahan latihan kepada penyelidik muda. 
• Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan para penyelidik dan institusi penyelidik dalam dan luar negara. 

Usaha INSPEM adalah ke arah mewujudkan sebuah institut penyelidikan matematik yang bertaraf antarabangsa dengan mempunyai penyelidik yang diiktiraf kepakarannya di peringkat dunia. Ini adalah selari dengan aspirasi negara yang berhasrat menjadikan Malaysia negara maju dan progresif berlandaskan kualiti keilmuan yang tinggi di kalangan rakyatnya.

Panduan Amalan 5S Sektor Awam

 
PENGENALAN
 
Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.

 

 

ICRAAM merupakan siri persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh pihak COMSATS University Islamabad, Pakistan bermula pada tahun 2015. Siri persidangan ini diteruskan pada tahun 2019 di Lahore, Pakistan pada 20-22 Februari yang lalu di mana penceramah jemputan terdiri daripada penyelidik tersohor dari universiti yang terkenal di beberapa negara seperti Norway, Italy, Turki, Iran dan tidak ketinggalan dari negara Malaysia.

Pada siri persidangan yang lepas seramai tiga orang penceramah jemputan dari Universiti Putra Malaysia iaitu Prof. Dr. Norihan Md Arifin, Prof. Dr. Zanariah Abdul Majid dan Prof. Dr. Adem Kilicman. Persidangan ini bertumpu dalam pelbagai bidang yang meliputi kepelbagaian bidang dalam matematik gunaan (applied mathematics) termasuk Cosmology, Fluid dynamics, Geometric numerical integration, Numerical computation, Difference equations, Numerical analysis dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Penganjuran ICRAAM ini adalah bagi memastikan aktiviti penyelidikan matematik sentiasa mengikut perkembangan terkini dan penemuan baru dapat membantu penyelidik untuk lebih peka kepada isu-isu semasa yang diketengahkan. Selain itu, INSPEM juga dapat meluaskan skop jaringan penyelidikannya menerusi jaringan kerjasama bersama institusi dan agensi luar bagi memantapkan lagi penyelidikan sedia ada dan salah satu sumber penjanaan kewangan.

Salah satu objektif penganjuran persidangan ICRAAM 2020 adalah untuk
mempertingkatkan kualiti ilmu matematik dengan cara memperluaskan jaringan ahli
matematik dengan ahli matematik dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Ini dapat
dilaksanakan dengan mewujudkan program-program supaya ahli matematik dapat
berinteraksi dengan aktif dalam kalangan mereka untuk berbincang dan bertukar-tukar
maklumat terkini bidang kepakaran masing-masing.

Sila layari : http://einspem.upm.edu.my/icraam2020/

artikel
Pengertian Kriptologi, perkembangan dan sejarah
Bidang kriptologi mencakup studi dan praktik mengamankan informasi di hadapan pihak ketiga yang tidak dipercaya atau musuh. Secara khusus, ini difokuskan untuk menciptakan dan menganalisis protokol yang digunakan untuk menumbangkan upaya oleh musuh untuk mendapatkan akses ke atau mengganggu aliran informasi antara pihak yang dipercaya.
Kuasai dua subjek 'gerun'
Menguasai Sains dan Matematik
Artikel-artikel lain...
berita
PENYELIDIK INSPEM MERAIH PINGAT PERAK DAN GANGSA DALAM INDES 2019
PENYELIDIK INSPEM MERAIH PINGAT PERAK DAN GANGSA DALAM INDES 2019 Serdang, Selangor, 30 September – Penyelidik INSPEM telah membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya meraih pingat perak dan gangsa dalam 8th International Innovation, Invention and Design Competition (INDES 2019) yang telah berlangsung pada 19 September 2019 yang lalu di Perak. Projek penyelidikan yang bertajuk A Modified Monte Carlo Simulation to Evaluate American Style of Asian Option under Jump-Difussion Process yang diketuai oleh Encik Mohamed Faris Laham (Pegawai Penyelidik INSPEM) dan ahli projeknya, Dr. Siti Nur Iqmal Ibrahim (Penasihat / Penyelidik INSPEM) telah berjaya meraih pingat perak, manakala projek penyelidikan yang diketua oleh Dr. Siti Nur Iqmal Ibrahim (Penyelidik INSPEM) yang bertajuk A Mathematical Approach to Forecasting Malaysia Centrifuged Latex Prices telah berjaya meraih pingat gangsa. INDES 2019 merupakan persidangan pameran antarabangsa yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak. Pameran ini merupakan satu platform kepada penyelidik muda agar dapat mengetengahkan produk penyelidikan mereka ke peringkat antarabangsa.
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: SPJOnline

aktiviti
ikuti kami
C1571517426