Keperluan Program | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» PENGAJIAN SISWAZAH » Keperluan Program » Keperluan Program

Keperluan Program

PROGRAM

1. Doktor Falsafah

Pelajar yang mengikuti Ijazah PhD hendaklah:

(i) Menghantar tesis untuk peperiksaan di akhir pengajian dan mendaftar kursus-kursus yang berkaitan seperti yang dinasihatkan oleh Penasihat/Penyelia.

(ii) Lulus Peperiksaan Komprehensif iaitu peperiksaan bertulis dan lisan di Semester ketiga atau kelima.

2. Master Sains (dengan tesis)

Pelajar yang mengikuti Ijazah Master hendaklah menghantar tesis untuk peperiksaan di akhir pengajian dan mendaftar kursus-kursus yang berkaitan seperti yang dinasihatkan oleh Penasihat/Penyelia.

KEPERLUAN PROGRAM

1. Seminar Proposal

Pelajar yang mendaftar di bawah program Master Sains perlu mendaftar satu kredit Seminar Proposal (SPS5903) di Semester Pertama atau Kedua

atau

Pelajar yang  mendaftar di bawah program Doktor Falsafah perlu mendaftar satu kredit Seminar Proposal (SPS6903) di Semester Pertama atau Kedua.

2. Seminar Akhir

Pelajar yang mendaftar di bawah program Master Sains perlu mendaftar satu kredit Seminar Akhir (FSA5905) di Semester Ketiga atau Keempat

atau

Pelajar yang mendaftar di bawah program Doktor Falsafah perlu mendaftar satu kredit Seminar Akhir (FSA6905) di Semester Keempat dan Kelima.

3. Penerbitan

Pelajar yang mengikuti pengajian Master perlu menghasilkan satu penerbitan jurnal (published/accepted) sebelum bergraduat

atau

Pelajar yang mengikuti pengajian Doktor Falsafah perlu menghasilkan dua penerbitan jurnal (published/accepted) sebelum bergraduat.

Kemaskini:: 06/04/2017 [sam_hidayah]

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXDcXAj~