| INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK

Komitmen yang tinggi dalam persekitaran yang dinamis adalah kunci utama kepada kecemerlangan warga UPM dalam melaksanakan misi dan visi universiti.

Carta Organisasi INSPEM yang terkini

Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi keutamaan kepada keperluan pelajar UPM. Oleh itu, UPM menyediakan pelbagai peralatan dan kemudahan teknologi untuk memastikan kebajikan pelajar terjaga.

Sejajar dengan itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan selesa bagi pelajar dan seterusnya mewujudkan pencapaian akademik, kemahiran insaniah dan juga kehidupan yang mampan.

INSPEM Menyediakan Peluang Kepada Graduan Matematik 
Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Tinggi MSc dan PhD

 

Makmal Komputer Ulugh Beg

 

Borang Kadar Sewa Bilik / Makmal Komputer

Institut Penyelidikan Matematik merupakan sebuah institusi penyelidikan yang fungsinya mengkhusus kepada penyelidikan dalam bidang matematik dan juga bidang yang sebahagian besar komponennya melibatkan bidang matematik. Ianya ditubuhkan untuk mengisi keperluan sebuah pusat penyelidikan matematik di negara kita. Mula beroperasi pada 1 April 2002 setelah diluluskan penubuhannya oleh Bahagian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan November 2001. Institut ini adalah di bawah pentadbiran UPM dan buat masa ini tertakluk kepada peraturan yang terkandung dalam statut penubuhan institut di UPM. 

Aktiviti utama INSPEM adalah merancang, mengenal pasti dan melaksanakan penyelidikan dalam bidang Matematik Tulen, Statistik dan Matematik Gunaan, Sains Bermatematik dan Aplikasi serta bidang Pendidikan dan Literasi Matematik. Di samping itu, Institusi ini berperanan untuk mewujudkan saluran dua   hala antara Institut dengan agensi awam dan swasta yang melaluinya hasil penyelidikan dapat disalurkan dan permasalahan yang memerlukan penyelidikan bermatematik dapat diterima dan ditangani di Institut ini. Institut juga berperanan untuk mewujudkan kegiatan penyelidikan secara kolaboratif dengan agensi penyelidikan lain dalam dan luar UPM. Adalah juga satu tugas utama INSPEM untuk mempelawa penyelidik muda yang berbakat untuk memanfaatkan kegiatan penyelidik di INSPEM sehingga memperoleh ijazah peringkat M.Sc dan Ph.D. 

Fungsi utama INSPEM adalah: 

• Mewujudkan critical-mass penyelidik dalam penyelidikan high-end bidang matematik. 
• Melaksanakan penyelidikan dalam semua bidang yang telah dikenal pasti. 
• Mewujudkan kemudahan penyelidik bermatematik terkini. 
• Menjadi pusat rujukan penyelidikan berteraskan matematik. 
• Menyebarkan maklumat hasil penyelidikan di INSPEM kepada pihak awam dan swasta. 
• Mewujudkan kemudahan latihan kepada penyelidik muda. 
• Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan para penyelidik dan institusi penyelidik dalam dan luar negara. 

Usaha INSPEM adalah ke arah mewujudkan sebuah institut penyelidikan matematik yang bertaraf antarabangsa dengan mempunyai penyelidik yang diiktiraf kepakarannya di peringkat dunia. Ini adalah selari dengan aspirasi negara yang berhasrat menjadikan Malaysia negara maju dan progresif berlandaskan kualiti keilmuan yang tinggi di kalangan rakyatnya.

Panduan Amalan 5S Sektor Awam

 
PENGENALAN
 
Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.

 

 
B1566760595