Syarat Kemasukan Dan Panduan Permohonan | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» PENGAJIAN SISWAZAH » Syarat Kemasukan dan Panduan Permohonan » Syarat Kemasukan dan Panduan Permohonan

Syarat Kemasukan dan Panduan Permohonan

SYARAT KEMASUKAN

PROGRAM

SYARAT KEMASUKAN


 MASTER SAINS

(DENGAN TESIS)

Lulus bacelor dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dan ke atas dalam bidang yang berkaitan

  atau

Lulus bacelor dengan kurang dari PNGK 3.00 tetapi melebihi PNGK 2.50, perlu mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga tahun
 

 
DOKTOR FALSAFAH
 

Calon perlu mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan

 

SYARAT PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

Calon Tempatan

Calon tempatan mestilah sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau lulus kursus Bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat Diploma atau Sarjana Muda.

Calon Antarabangsa

i) Kemasukan penuh

Calon yang memenuhi salah satu syarat berikut:

  • 550 untuk ujian berasaskan kertas TOEFL; atau
  • Band 6 untuk IELTS (versi akademik); atau
  • 79-80 untuk TOEFL ujian berasaskan internet; atau
  • 213 untuk TOEFL berasaskan komputer; atau
  • level 109 untuk CIEP di ELS Language Centre; atau
  • calon yang melanjutkan pengajian bacelor atau Master dari institusi pengajian tinggi di negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama; atau
  • calon dari negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama atau dari negara Commenwealth iaitu Australia, Bangladesh, Canada, Fiji, Gambia, Ghana, India, Ireland, Liberia, Malawi, Maldives, Mauritius, New Zealand, Nigeria, Pakistan, Puerto Rico, Philippines, Sierra Leone, Singapore, Swaziland, Sudan, South Africa, Trinidad&Tobago, Tanzania, Uganda, United States of America and United Kingdom.

ii) Kemasukan Bersyarat

Calon yang memenuhi salah satu syarat berikut;

  • 500-549 untuk ujian berasaskan kertas TOEFL; atau
  • 173 untuk ujian berasaskan komputer TOEFL; atau
  • 61 untuk ujian berasaskan Internet TOEFL; atau
  • band 5.5 bagi IELTS (versi akademik); atau
  • level 107 dan 108 untuk CIEP di ELS Language Centre 

Syarat tambahan: Calon perlu mendaftar dan lulus Tertiary English Programme (TEP) yang ditawarkan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

iii) Pengecualian Syarat Bahasa Inggeris

Calon yang telah lulus ijazah Bacelor atau Master menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar boleh dikecualikan dari syarat Bahasa Inggeris tertakluk kepada rekomendasi oleh penasihat/penyelia/koordinator program. Permohonan boleh dilampirkan bersama borang permohonan kemasukan dan mengepilkan dokumen-dokumen seperti berikut:

  • surat sokongan dari universiti di peringkat bacelor atau master; dan
  • surat pengesahan dari Kementerian Pendidikan Tinggi atau cultural attache. 

    CARA UNTUK MEMOHON

    Sila layari laman sesawang Sekolah Pengajian Siswazah, UPM untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk memohon.

Kemaskini:: 06/04/2017 [sam_hidayah]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
03-8946-6973
B1566645495