Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» PENYELIDIKAN » Geran Penyelidikan » Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) adalah geran penyelidikan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ia adalah untuk menggalakkan penyelidikan asas untuk menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara. Penyelidikan Fundamental merupakan penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu. Penyelidikan ini bertujuan untuk menggalakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru dan penciptaan yang inovatif yang boleh mengembangkan sempadan ilmu. Pembiayaan geran FRGS meliputi bidang-bidang asas yang dapat menyokong agenda strategik negara. Bidang-bidang yang dikenalpasti iaitu Sains Tulen (Pure Science), Sains Gunaan (Applied Science), Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering), Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences), Sains Sosial (Social Sciences), Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts), Sains Tabii dan Warisan Negara (Natural Sciences and National Heritage)


Senarai Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

 

 

Kemaskini:: 06/04/2017 [noorizzati]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SWMECAj~