Dr. Rohaidah Bentang Kertas Kerja Di Seminar Kapal Mendam Berahi: Realiti Atau Mitos? | INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
» NEWS » Dr. Rohaidah bentang kertas kerja di Seminar Kapal Mendam Berahi: Realiti Atau Mitos?

Dr. Rohaidah bentang kertas kerja di Seminar Kapal Mendam Berahi: Realiti Atau Mitos?

20 Jun 2023 - Ketua Laboratori Etnomatematik dan Didaktik, Prof. Madya Dr. Rohaidah Hj. Kamaruddin telah hadir dan membentangkan kertas kerja di Seminar Kapal Mendam Berahi: Realiti Atau Mitos?. Seminar ini diadakan pada 19-20 Jun 2023 di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka. Seminar ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

(Sumber: FB Muzium Seni Bina Malaysia)

 

(Sumber: FB Muzium Seni Bina Malaysia)

Seminar ini telah menghimpun 8 orang pembentang kertas kerja dan 400 orang peserta mewakili ahli akademik, penyelidik, ahli sejarah, mahasiswa dan juga orang awam. Seminar ini juga merupakan lanjutan daripada usaha pihak INSPEM cuba untuk menghasilkan blueprint berkaitan Kapal Mendam Berahi dan pernah dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka semasa majlis kunjungan hormat Naib Canselor UPM dan Pengurusan INSPEM pada 9 Februari 2022.

YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Hashim Musa dan Prof. Madya Dr. Rohaidah Hj. Kamaruddin mewakili Universiti Putra Malaysia dengan pembentangan bertajuk” Kajian Membina Kapal Mendam Berahi Kapal Utama Kerajaan Kesultanan Melaka: Warisan Tradisional Maritim Melayu dan Teknologi Pembuatan Kapal Besar” dan “Kapal Agung Melayu Ketika Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka”.

 

Menurut Prof. Emeritus Hashim, berdasarkan kajian beliau, “beberapa kerajaan kecil Melayu seperti Kerajaan Banten dan Kerajaan Madura telah memiliki kapal perang, sudah pasti Kerajaan Melayu Melaka memilik kapal perang yang tersendiri”.

Dr Rohaidah juga menyatakan bahawa “pengkaji perlu menjejak 7 lokasi yang telah tercatat dalam Hikayat Hang Tuah bagi memastikan data dan maklumat yang tepat mengenai kapal Mendam Berahi ini.

Di akhir sesi seminar tersebut, YBhg Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia merangkap Pengerusi Seminar Kapal Mendam Berahi : Realiti atau Mitos? telah meluluskan resolusi hasil daripada pembentangan semua pembentang. Antara resolusi yang diputuskan adalah bersetuju menerima kewujudan sebuah Kapal Agung Kesultanan Melaka dan diselaraskan melalui Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam untuk konsensus serantau. Penyediaan dana atau geran penyelidikan yang dibiayai bersama oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak swasta bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan blueprint Kapal Agung Kesultanan Melaka. Beliau juga menyatakan persetujuan membangunkan replika Kapal Agung Kesultanan Melaka sebagai lambang ketamadunan dunia maritim negara dan serantau.

Date of Input: 23/06/2023 | Updated: 23/06/2023 | zaharimahad

MEDIA SHARING

INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXEbSA7~