INSPEM Anjur Kem Cakna Sains Bersama Pelajar SM Sains Gua Musang | INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
» NEWS » INSPEM anjur Kem Cakna Sains bersama pelajar SM Sains Gua Musang

INSPEM anjur Kem Cakna Sains bersama pelajar SM Sains Gua Musang

SERDANG, 20 Mac -  Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, UPM telah menganjurkan Kem Cakna Sains INSPEM bersama pelajar Sekolah Menengah Sains Gua Musang baru-baru ini.

Seramai 98 pelajar yang akan memasuki tingkatan 4 dan 5 menyertai kem ini diberi pendedahan ilmu Matematik adalah penting dan saling berkait dengan subjek Fizik, Kimia, Biologi bagi melanjutkan pengajian yang lebih tinggi.

Menurut peserta, Muhammad Arif Fahmi berkata, pengalaman menyertai program seperti ini adalah pengalaman pertamanya menikmati suasana di kampus dan ianya sangat mengujakan.

“Sekiranya diberi peluang, saya mahu melanjutkan pengajian di UPM pada masa akan datang kerana saya berminat mendalami bidang Sains kerana bagi saya subjek itu adalah menarik,” katanya.

Pelajar, Zahir Farhan berkongsi pandangannya mengenai  kem itu dapat memberi ilmu tambahan kepadanya mengenai kitaran hidup sebagai seorang pelajar universiti.

“Sewaktu cuti sekolah, aktiviti seperti ini bukan hanya menambah ilmu tetapi beri semangat untuk sambung belajar di UPM,” katanya.

Program ini secara langsung dapat mengubah persepsi pelajar bahawa Sains dan Matematik adalah mata pelajaran yang menyeronokkan dan ianya dapat meningkatkan pencapaian akademik murid

Date of Input: 17/06/2023 | Updated: 17/06/2023 | zaharimahad

MEDIA SHARING

INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXFXCAy~