INSPEM UPM Kerjasama Dengan Institusi Penyelidikan Terkemuka Dunia KISTI Daripada Korea Selatan. | INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
» NEWS » INSPEM UPM kerjasama dengan institusi penyelidikan terkemuka dunia KISTI daripada Korea Selatan.

INSPEM UPM kerjasama dengan institusi penyelidikan terkemuka dunia KISTI daripada Korea Selatan.

Laboratori Sains Berkomputasi dan Fizik Matematik, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berkerjasama dengan sebuah institusi penyelidikan terkemuka dunia, Korea Institute of Science dan Technology Information (KISTI), Korea Selatan bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang pengkomputeran berprestasi tinggi.

Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia dengan Korea Institute of Science and Technology Information (KISTI) telah diadakan pada 7 Disember 2022 di Bilik Seminar al-Farabi, INSPEM.

Dalam majlis yang sama, INSPEM turut menerima Letter of Intent (LoI) dari Syarikat Zheng Hui Education Technology Co. Ltd. China bagi Pendanaan Penerbitan Jurnal Baharu Management and Business Analytics” (MBA). Jurnal ini adalah usahasama antara INSPEM dan Syarikat Zheng Hui Education Technology.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin berkata, kerjasama antara INSPEM dan KISTI dalam projek kerjasama yang memfokuskan pengkomputeran berprestasi tinggi dan dapat melibatkan bersama Zheng Hui Education Technology Co. Ltd dalam fokus penerbitan.

"Projek ini INSPEM menerima dana yang disumbangkan oleh Trans-Eurasia Information Network (TEIN) bagi projek kerjasama bersama Asia-Pacific Advanced Network (APAN) Asia Pacific Research Platform (APRP) Working Group (WG) menerusi projek Building a High Bandwidth Distributed HPC yang melibatkan empat negara iaitu Korea Selatan, Australia, Malaysia dan Pakistan. INSPEM menerima peralatan High Bandwidth Distributed (HPC) bernilai RM404,232 yang ditempatkan di Pusat Pangkalan Data UPM bagi tujuan perlaksanaan projek penyelidikan dan menjadi hak milik UPM," katanya.

Sementara itu, Pengarah INSPEM, Prof. Dr. Muhammad Rezal Dato' Kamel Ariffin menyatakan pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menyokong kerjasama antara INSPEM dan KISTI selaras dengan matlamat UPM untuk menjadikan sebagai institusi yang membudayakan penyelidikan kehadapan.

"Pemeteraian MoU ini juga akan melonjakkan lagi pencapaian INSPEM di peringkat antarabangsa serta mewujudkan sebuah infrastruktur terkini dalam perkomputeran berprestasi tinggi di UPM," katanya.

Turut hadir pada majlis ini adalah Penyelidik Utama KISTI, Dr. Jeonghoon Moon dan Ketua Pegawai Eksekutif Zheng Hui Education Technology, Cik Qing Zhang.

Date of Input: 23/12/2022 | Updated: 23/12/2022 | zaharimahad

MEDIA SHARING

INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXFfGAj~