Kunjungan Hormat Dan Perbincangan Bersama Wakil STKIP Muhammadiyah Kuningan, Indonesia | INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
» NEWS » Kunjungan Hormat dan Perbincangan bersama Wakil STKIP Muhammadiyah Kuningan, Indonesia

Kunjungan Hormat dan Perbincangan bersama Wakil STKIP Muhammadiyah Kuningan, Indonesia

16 November 2023 (Khamis) – Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) hari ini telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan (STKIP) Muhammadiyah Kuningan, Indonesia yang diketuai oleh Dr. Nanan Abdul Manan M.Pd dan Dr. Oman Hadiana, M.Pd. STKIP Muhammadiyah Kuningan merupakan institusi pengajian pendidikan dan menawarkan pengajian hingga peringkat Sarjana dalam bidang Pendidikan. STKIP Muhammadiyah Kuningan juga sedang dalam proses menaiktaraf ke peringkat Universitas Muhammadiyah Kuningan.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan beberapa perancangan kerjasama telah dirangka seperti penganjuran seminar bersama, pertukaran penyeliaan pelajar, kolaborasi penyelidikan dan penerbitan jurnal serta lain-lain lagi.

Dalam pertemuan ini, Prof. Madya Dr. Sharifah Kartini Said Husain yang menjalankan tugas sebagai Pengarah INSPEM telah mempengerusikan perbincangan antara INSPEM dengan STKIP Muhammadiyah Kuningan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan hubungan kerjasama dan akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Semoga dengan adanya kunjungan dan perbincangan ini, kerjasama antara INSPEM dengan STKIP Muhammadiyah Kuningan dapat dijayakan dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Date of Input: 22/12/2023 | Updated: 22/12/2023 | zaharimahad

MEDIA SHARING

INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXEbSAE~