» LABORATORI » Laboratori Kriptologi, Analisis dan Struktur
Laboratori Kriptologi, Analisis dan Struktur
Laboratori Matematik Teori telah ditubuhkan di bawah Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) pada 1 April 2002 dan selepas penstrukturan semula INSPEM pada tahun 2024, makmal ini dikenali sebagai Laboratori Kriptologi, Analisis dan Struktur (CASL).
Objektif laboratori ini adalah seperti berikut:
Memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan saintifik secara kolaboratif dalam bidang matematik teori dan gunaan.
Menggalakkan bidang-bidang tertentu dalam matematik teori dan gunaan yang berkaitan dengan sains dan industri lain, terutamanya dalam bidang keselamatan siber.